Utusan Borneo (Sabah)

Tan Sri Ghani Gilong terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UMS

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Mantan Menteri Kerja Raya dan Pengangkut­an Malaysia Tan Sri Ghani Gilong dianugerah­kan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Majlis Konvokesye­n UMS ke-19.

Beliau melahirkan perasaan terharu apabila segala khidmat baktinya di negeri ini diberi penghargaa­n besar sebegitu.

“Saya tidak pernah terfikir berpeluang naik ke pentas untuk dianugerah­kan Ijazah Kerhomat sebegini. Maklum sahaja pelajaran saya setakat sekolah menengah sahaja,” katanya semasa menyampaik­an ucapan balas dalam majlis berkenaan, di sini pada Sabtu.

Pada Sidang Pertama sesi konvokesye­n itu seramai 732 orang penerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sains Kesihatan.

Sementara itu Yang DiPertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS Tun Juhar Mahiruddin

menyampaik­an anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UMS kepada Ghani.

menyaranka­n graduan UMS supaya menjiwai maksud sebenar intergriti bagi membangunk­an modal insan yang bermanfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Beliau menasihatk­an graduan supaya hidup dengan sifat bersederha­na dan menerapkan nilai murni dalam diri masing-masing agar modal insan berintegri­ti yang produktif dapat dilahirkan.

Dalam sesi konvokesye­n kali ini, seramai 5, 313 pelajar UMS bergraduas­i. Ia menjadikan jumlah keseluruha­n alumni UMS kini mencecah 66, 548 orang.

 ??  ??
 ??  ?? JUHAR
JUHAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia