Utusan Borneo (Sabah)

Ganti sistem perpaipan usang

Tidak pernah diganti sejak mula dipasang

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

BELURAN: Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menggesa Jabatan Air menggantik­an sistem perpaipan yang usang dan uzur di Pekan Beluran.

Beliau difahamkan sistem perpaipan di sekitar pekan itu merupakan generasi pertama dan tidak pernah diganti sejak ia mulai dipasang.

Bersesuaia­n dengan pembinaan loji kedua di Beluran, beliau berharap sistem perpaipan dapat diganti dalam tempoh terdekat bagi membolehka­n penyaluran bekalan air dilaksanak­an dengan lebih baik.

“Menerusi pembentang­an BajetSabah­2018yangbe­rjumlah RM4.1 bilion itu, kita mendesak agar sistem perpaipan di daerah ini diberi keutamaan. Apatah lagi kita akan mempunyai loji kedua yang boleh menampung lapan juta liter air sehari.

“Tanpa adanya sistem perpaipany­angsempurn­a,sudah tentu air tidak dapat dibekalkan ke rumah-rumah penduduk dengan lebih berkesan dan teratur,” katanya.

Terdahulu, beliau telah melakukan tinjauan kerja pembaikan paip pecah di Kampung Muanad 1 yang telah menjejaska­n lebih 270 pengguna berdaftar.

Ronald menghargai tindakan pantas yang dilakukan oleh JabatanAir­dalammemba­ikipaip pecah yang telah menyebabka­n bekalan air terputus selama 10 hari.

“Kita memahami keresahan dan kemarahan penduduk kerana bagi mereka masalah ini lewat diatasi. Bagaimanap­un, paip yang rosak tidak boleh dibaiki secara biasa sebaliknya pihak Jabatan Air terpaksa membuat lencongan paip.

“Ekoran itu, Jabatan Air juga terpaksa menanggung tambahan kos yang memerlukan mereka melaporkan masalah ini ke ibu pejabat terlebih dahulu. Bagaimanap­un, paip pecah telah dibaiki pada Jumaat dan bekalan air juga sudah disambung semula.

“Dalam masa yang sama, kita meminta penduduk bersabar kerana tekanan air di paip baharu ini hanya akan stabil dalam tempoh sehari dua. Buat masa ini, jika masih ada penduduk yang masih belum menerima bekalan air, kita minta mereka bersabar,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, Majlis Daerah Beluran juga telah menghantar bekalan air bersih melalui lori tangki ke kampung yang terjejas selama tiga hari berturut-turut.

“Menerusi pembentang­an Bajet Sabah 2018 yang berjumlah RM4.1 bilion itu, kita mendesak agar sistem perpaipan di daerah ini diberi keutamaan. Apatah lagi kita akan mempunyai loji kedua yang boleh menampung lapan juta ” liter air sehari DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE Timbalan Speaker Dewan Rakyat

 ??  ?? RONALD (kiri) melakukan tinjauan di lokasi paip pecah yang telah menjejaska­n penduduk Kampung Muanad 1 dan kawasan sekitar.
RONALD (kiri) melakukan tinjauan di lokasi paip pecah yang telah menjejaska­n penduduk Kampung Muanad 1 dan kawasan sekitar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia