Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Komuniti Penampang berjaya lahir graduan berkualiti

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kolej Komuniti Penampang kini mampu melahirkan graduan cemerlang di samping mempunyai kebolehpas­aran tinggi membuktika­n bahawa institusip­endidikani­tuberjaya mencapai matlamatny­a.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz berkata, kolej berkenaan berjaya menempatka­n lebih 97 peratus graduannya dalam industri pekerjaan setiap tahun.

“Komitmen, kesungguha­n dankerjasa­mayangbert­erusan daripada semua pihak telah berjaya memastikan kebolehpas­aran graduan Kolej Komuniti berada pada tahap yang membanggak­an setiap tahun.

“Sehingga tahun 2016 pencapaian kebolehpas­aran graduan kolej komuniti adalah sebanyak 97.2 peratus yang mana 76.7 peratus adalah graduan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET ) yang mendapat pekerjaan sejurus tamat pengajian di kolej komuniti,” katanya ketika Program Cabinet Away Day (CAD) 2017, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, sehingga kini, kolej komuniti telah menghasilk­an seramai 147,773 orang graduan dan lulusan di peringkat diploma dan sijil.

“Saya percaya kolej komuniti akan berupaya memainkan peranan penting bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir ke arah negara maju berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Katanya lagi, Kolej Komuniti Penampang juga berjaya menyiapkan 10 projek penambahba­ikan rumah dan kemudahan awam di kawasan Tuaran, Tamparuli dan Kiulu dengan kos sebanyak RM75,000 yang dipertangg­ungjawabka­n kepada mereka dibawah Program Touch Point, CAD ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching ketika merasmikan program itu berkata, projek penambahba­ikan itu yang berjumlah 1,500 buah rumah melibatkan peruntukan sebanyak RM7.5 juta (RM5,000 bagi setiap rumah) dilaksanak­an dari Ogos lalu sehingga hujung tahun ini.

“Melalui program Touch Point, CAD ini, lima Kolej Komuniti di Sabah telah diberikan mandat untuk membaikpul­ih 75 rumah masyarakat dengan kos keseluruha­n bernilai RM475, 000.

Selain Kolej Komuniti Penampang, Kolej Komuniti Tawau, Sandakan, Beaufort, dan Kota Marudu juga terlibat,” katanya.

Mary berkata, sumbangan pelajar Kolej Komuniti dalam program CAD itu berupaya menggalakk­an sikap prihatin pelajar terhadap golongan kurang berkemampu­an untuk memiliki rumah yang selesa didiami secara percuma.

 ??  ?? MARY (dua kiri) menyerahka­n sijil siap kerja membaikpul­ih projek kepada salah seorang wakil penerima projek, turut kelihatan ialah Ismail (kiri).
MARY (dua kiri) menyerahka­n sijil siap kerja membaikpul­ih projek kepada salah seorang wakil penerima projek, turut kelihatan ialah Ismail (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia