Utusan Borneo (Sabah)

Kinabalu Shell Press Awards ke-25

Kumpulan See Hua rangkul tiga hadiah utama, 18 merit

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Kumpulan See Hua memenangi tiga hadiah utama dan 18 merit sempena Kinabalu Shell Press Awards ke-25, di sini pada malam Sabtu.

Pemenang hadiah utama iaitu Anugerah Kewartawan­an (Bahasa Melayu) dimenangi oleh wartawan Utusan Borneo Yusop Teppo, wartawan See Hua Daily News Chung Yeh Nie memenangi Anugerah Berita Hiburan (Bahasa Cina) dan Jurugambar See Hua Daily News Tseu Kui Jin @ Tseu Kui Yin memenangi kategori Fotografi Alam Sekitar.

Yusop meraih anugerah itu menerusi rencana enam siri berkisar tentang sejarah hitam empat tahun penjajahan Jepun, Sandakan jadi kem tahanan perang.

Wartawan yang bertugas di Sandakan ini turut memenangi

seorang penerima hadiah cabutan bertuah.

merit dalam Anugerah Fotografi Sukan.

Selain Yusop, Utusan Borneo turut memenangi lima lagi merit bagi penulisan berita Bahasa Melayu termasukla­h kategori Stringer.

Merit bagi kategori Berita Perniagaan & Ekonomi masing-masing dimenangi oleh Lichong Angkui dan Yap Siong.

Untuk Anugerah Berita Bahasa Melayu pula dimenangi oleh Salamat Tambanan, kategori Anugerah Kewartawan­an Sukan dimenangi Hassim Othman @ Osman. Manakala, stringer Utusan Borneo Salman Abadi turut tersenarai sebagai penerima merit bagi Anugerah Kewartawan­an Stringer.

Bagi akhbar The Borneo Post, empat merit bagi penulisan berita Bahasa Inggeris dimenangi oleh Mariah Doksil dan Chok Sim Yee bagi Anugerah Berita Perniagaan & Ekonomi. Lester J. Bingkasan memenangi merit dalam kategori Anugerah Kewartawan­an Sukan. Satu lagi merit adalah Anugerah LaporanBer­itayangdim­enangi oleh Mariah Doksil & Elton Gomes.

Wartawan dan Jurugambar See Hua Daily News yang memenangi lapan merit bagi pelbagai kategori yang dipertandi­ngan termasukla­h Yong Ted Phen, Soo WAN Ming, Ng Sin Yee, Yvonne Ho Yin Yin, Tseu Kui Jin @ Tseu Kui Yin dan Chung Yeh Nie.

 ??  ?? KETUA
KETUA
 ??  ??
 ??  ?? (gambar atas) SALAH
WARTAWAN Utusan Borneo yang memenangi anugerah bergambar bersama Ketua Penyunting Utusan Borneo Lichong (tengah).
(gambar atas) SALAH WARTAWAN Utusan Borneo yang memenangi anugerah bergambar bersama Ketua Penyunting Utusan Borneo Lichong (tengah).
 ??  ?? PEMENANG Anugerah Kewartawan­an bergambar bersama Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo (enam kanan) dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Muguntar Vanar (empat kanan).
(gambar bawah)
PEMENANG Anugerah Kewartawan­an bergambar bersama Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo (enam kanan) dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Muguntar Vanar (empat kanan). (gambar bawah)
 ??  ?? WARTAWAN Utusan Borneo yang memenangi anugerah merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Penyunting Utusan Borneo Lichong (empat kanan).
WARTAWAN Utusan Borneo yang memenangi anugerah merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Penyunting Utusan Borneo Lichong (empat kanan).
 ??  ?? PRESIDEN Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Mugutan Vanar bergambar bersama pemenang pakaian terbaik.
PRESIDEN Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Mugutan Vanar bergambar bersama pemenang pakaian terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia