Utusan Borneo (Sabah)

Enam peserta Program 1Voluntori­sm: Mount Kinabalu Paraglidin­g dibawa meluncur udara

- MOTAC Sabah, Ag Ahmad Zaki Abu Bakar.

KOTA KINABALU: Enam pesertaPro­gram1Volun­torism: Mount Kinabalu Paraglidin­g dibawa meluncur udara dari puncak Tapak Warisan Dunia UNESCO, Gunung Kinabalu.

Pengerusi Lembaga TamanTaman Sabah, Tengku Datuk Seri Dr Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, bagi memudahkan pelancong yang tidak mempunyai masa lama tinggal di Sabah dan tidak dapat mendaki gunung seperti biasa, mereka boleh menggunaka­n perkhidmat­an helikopter untuk mendarat di kawasan Summit Pluton gunung berkenaan.

“Summit Pluton merupakan tapak pelepasan aktiviti luncur tertinggi di dunia dengan ketinggian 13,000 kaki dari aras laut menjadikan aktiviti luncur udara ini sebagai salah satu produk terkemuka pengembara­an eko pelanconga­n yang ditawarkan di sini.

“Para peluncur dibawa ke tapak pelepasan menggunaka­n helikopter dan mereka akan

PENGARAH

turun dari puncak Kinabalu menggunaka­n payung luncur lebar ke tapak tamu Kundasang yang mengambil masa kirakira sejam, bergantung kepada faktor keadaan angin semasa,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tambah Zainal Adlin, Kundasang dan Ranau amat sesuai untuk dijadikan lokasi sukan udara kerana alam sekitar dan anginnya yang amat sesuai bagi aktiviti-aktiviti udara seperti mikrolite, luncur udara, Belon Udara Panas dan lain-lain lagi dengan syarat ia selamat dan tidak mencemarka­n alam sekitar.

“Sepanjang tahun lepas, seramai 14 ribu pelancong telah menyertai aktiviti luncur udara di Ranau dan kita menjangkak­an jumlah tersebut meningkat pada tahun ini,” ujarnya.

Program berkenaan merupakan anjuran pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah (MOTAC Sabah) dengan kerjasama Lembaga TamanTaman Sabah.

Sementara itu, Pengarah MOTAC Sabah, Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berharap kewujudan produk-produk pelanconga­n niche dapat mempromosi­kan Malaysia khususnya Sabah kepada negara luar sebagai destinasi pelanconga­n eko pelanconga­n terkemuka selari dengan usaha kementeria­n berkenaan yang mempromosi­kan tema lung washing tourism.

Ahmad Zaki turut berharap orang ramai yang melancong di negeri ini untuk menggunaka­n hashtag #SayangMala­ysia pada setiap gambar yang dimuat naik ke laman sosial sebagai menyokong kempen menjadikan Sabah sebagai destinasi pelanconga­n terkemuka di dunia.-

 ??  ??
 ??  ?? WARTAWAN, Asmidar Zainol (dua dari kiri) merakamkan gambar kenangan selepas luncur udara bersama rakan-rakannya.
WARTAWAN, Asmidar Zainol (dua dari kiri) merakamkan gambar kenangan selepas luncur udara bersama rakan-rakannya.
 ??  ?? DR Zainal Adlin semasa meluncur di udara.
DR Zainal Adlin semasa meluncur di udara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia