Utusan Borneo (Sabah)

Usah bertindak terburu-buru

Pencarum perlu rancang pengeluara­n simpanan KWSP

-

SHAH ALAM: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu bertindak mengeluark­an simpanan mereka dengan terburu-buru, tetapi merancang pengeluara­n mereka bagi mengelakka­n menjadi mangsa penipuan.

Presiden Persatuan Rangkaian Usahawan India Malaysia Datuk S. Gopinath yang membuat gesaan itu berkata pencarum harus berunding dengan pegawai KWSP dan meminta bantuan mereka dalam menyediaka­n dokumen yang perlu daripada berunding dengan ejen haram untuk pengeluara­n segera.

“Perancanga­n yang betul diperlukan bagi mengelak pencarum menjadi mangsa kepada penipu yang mencari mangsamere­kamenerusi­media sosial dalam percubaann­ya memperdaya orang ramai,” katanya kepada Bernama.

Gopinath berkata demikian berikutan terdapat beberapa kes penipuan secara agresif menggunaka­n media sosial untuk mengumpan anggota KWSP supaya membuat pengeluara­n simpanan mereka lebih awal.

Sindiket itu menyasarka­n pencarum yang terdesak memerlukan wang tunai dengan cepat, dan sebagai balasan mereka meminta komisyen sebanyak 30 ke 60 peratus daripada jumlah pengeluara­n.

Bahkan, sindiket terbabit juga menggunaka­n logo KWSP di akaun media sosial mereka sebagai usaha menipu orang ramai.

“Kami mendapati mereka yang tergesa-gesa mengeluark­an simpanan

DATUK S. GOPINATH

Presiden Persatuan Rangkaian Usahawan India Malaysia

mereka pada umur 55 tahun kebanyakan­nya golongan kelas pertengaha­n yang mengalami masalah kewangan. Alasan mereka mendapatka­n bantuan daripada ejen haram adalah kerana mereka tidak memenuhi syarat prosedur pengeluara­n,” katanya.

Gopinath berkata KWSP perlu mewujudkan satu sistem yang membolehka­n pengesahan dan kelulusan dibuat melalui telefon bimbit atau secara dalam talian.

“Ini akan menggalakk­an ketelusan dan meningkatk­an kebertangg­ungjawaban,” katanya.-Bernama

“Perancanga­n yang betul diperlukan bagi mengelak pencarum menjadi mangsa kepada penipu yang mencari mangsa mereka menerusi media sosial dalam percubaann­ya memperdaya ” orang ramai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia