Utusan Borneo (Sabah)

Pesakit dipindahka­n akibat kebakaran kecil di Wad 23 Hospital Sibu

-

SIBU: Kira-kira 1,000 pesakit, kakitangan dan orang ramai yang berada di 18 wad di Hospital Sibu di sini terpaksa dipindahka­n ke tempat selamat apabila asap dikesan keluar dari siling tandas Wad 23 hospital tersebut pagi pada Sabtu.

Kebakaran kecil yang dipercayai berpunca dari litar pintas itu dikesan oleh beberapa jururawat di wad tersebut pada kira-kira 8 pagi sebelum membunyika­n penggera kebakaran dan memulakan proses pemindahan pesakit.

Pemangku Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Wan Kamarudin Wan Ahmad yang mengesahka­n kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada kira-kira 8.19 pagi dan menggerakk­an dua jentera masing-masing dengan kekuatan 10 anggota dari BalaiBomba­danPenyela­mat Sungai Merah dan Sibu ke hospital itu.

Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian, semua pesakit telah selesai dipindahka­n oleh pihak hospital ke tiga tempat perhimpuna­n selamat.

“Apa yang kita lakukan ialah mengesan punca kebakaran dan memadamkan­nya dengan menggunaka­nhospemada­m api di dalam bangunan hospital,”katanya ketika dihubungi Bernama.

Pesakit-pesakit dan jururawat yang bertugas di wad lain dibenarkan kembali semula ke wad masing-masing sekitar 10 pagi manakala pesakit dan jururawat di Wad 23 setengah jam kemudian.

Wan Kamarudin berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan semasa kejadian berkenaan dan punca sebenar kebakaran masih disiasat.

Beliau memuji tahap kesiapsiag­aantinggi yang ditunjukka­n oleh pihak Hospital Sibu membolehka­n mereka bertindak dengan cepat dan selamat di dalam menghadapi situasi kebakaran itu.

“Pihak Hospital Sibu memang kerap mengadakan latihan kebakaran untuk kakitangan. Sepanjang tahun ini sudah dua kali diadakan dan difahamkan pada 25 Nov ini satu lagi latihan yang sama akan diadakan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia