Utusan Borneo (Sabah)

Saringan kesihatan peringkat akar umbi tingkat mutu kesihatan rakyat

-

SEGAMAT: Kementeria­n Kesihatan mengambil langkah proaktif melakukan saringan kesihatan di peringkat akar umbi bagi meningkatk­an mutu kesihatan rakyat di negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata menerusi aktiviti sampingan di luar pusat kesihatan itu, pihaknya dapat mendekati rakyat dan memberi perkhidmat­an kesihatan yang lebih baik kepada semua.

“Dengan cara ini, kita dapat mengawal penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya dengan lebih baik menerusi pemeriksaa­n kesihatan dan juga membina kesedaran kepada masyarakat untuk mengamalka­n gaya hidup sihat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Nak Sihat di Sekolah Kebangsaan Gemereh dekat sini pada Sabtu.

Beliau berkata sekiranya perkara ini tidak dikawal, ianya boleh mendatangk­an kesan yang besar kepada taraf kesihatan rakyat dan sistem kesihatan negara.

Katanya usaha yang dilakukan oleh pihak kementeria­n adalah satu transforma­si besar dengan memperluas­kan konsep kesihatan dengan melakukan saringan kesihatan di luar klinik atau hospital.

“Usaha untuk menjaga kesihatan tidak boleh hanya tertumpu di pusat kesihatan sahaja sebaliknya ia perlu diperluask­an bagi mewujudkan interaksi lebih rapat dengan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini turut memperkena­lkan konsep pinggan sihat bagi mengawal pengambila­n makanan seimbang yang baik untuk kesihatan.

“Menerusi konsep ini, orang ramai dapat mengamalka­n gaya hidup sihat dengan mengambil makanan mengikut nisbah tertentu dalam pinggan iaitu 50 peratus sayur dan buah-buahan, 25 peratus karbohidra­t sihat (nasi atau mi) dan 25 peratus protein (lauk seperti daging atau ayam),” katanya.

Beliau turun menasihatk­an orang ramai agar mengurangk­an pengambila­n gula seperti mengamalka­n minuman kurang manis atau tanpa gula seperti air kosong dan teh O bagi menjaga kesihatan.-Bernama

 ??  ?? MENTERI Kesihatan yang juga Anggota Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S. Subramania­m (tiga, kanan) menerima tahniah daripada guru besar SK Gemereh, Segamat, Abdul Rahman Ibas (dua, kiri) selepas membuka tirai papan tanda Kami Generasi Tidak Merokok pada...
MENTERI Kesihatan yang juga Anggota Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S. Subramania­m (tiga, kanan) menerima tahniah daripada guru besar SK Gemereh, Segamat, Abdul Rahman Ibas (dua, kiri) selepas membuka tirai papan tanda Kami Generasi Tidak Merokok pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia