Utusan Borneo (Sabah)

Graduan cacat penglihata­n terima Anugerah Pingat Emas Canselor

-

SINTOK: Cacat penglihata­n danpernaht­ercicirdar­isekolah rendah tidak menghalang seorang gadis kelahiran Sabah, Harziah Khalid Yunis, untuk menempa kejayaan sehingga dikurniaka­n Anugerah Pingat Emas Canselor sempena Majlis Konvokesye­n Universiti Utara Malaysia di sini pada Sabtu.

Malahlebih­membanggak­an apabila graduan Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan dengan Kepujian berusia 26 tahun itu menamatkan pengajiann­nya setahun lebih awal berbanding rakannya dengan memperoleh Ijazah Kelas Pertama.

Harziah berkata hanya usaha yang membezakan antara dirinya dengan insan biasa yang lain kerana beliau percaya kekuatan akal mampu membantu menggerakk­an anggota badan yang lain untuk mengejar kejayaan.

“Sejak pertama kali saya sampai ke UUM, perkara paling utama yang saya tekadkan ialah saya mahu berjaya, dengan itu saya tidak boleh merungut terhadap kekurangan diri sendiri kerana ia adalah kunci kepada kegagalan,” katanya ketika ditemui pemberita pada msjlis konvokesye­n itu.

Ketika ditemui, anak kedua daripada lima beradik itu berkata, dia perlu berusaha dua kali ganda lebih daripada rakan-rakannya yang normal keranaperl­umengambil­subjek yang lebih bagi menghabisk­an pengajian lebih awal.

Ketika menceritak­an keadaanya waktu sekolah rendah, Harziah berkata beliau tercicir dalam persekolah­an apabila masalah penglihata­n menghalang­ya daripada belajar asas membaca dan menulis dengan betul.

“Ketika itu saya sempat masuk sekolah Tahun 1 tetapi tidak mampu belajar apa-apa. Selama dua tahun, saya tidak bersekolah namun rakan ibu saya kemudian membawa saya ke Sekolah Pendidikan Khas sewaktu berusia 10 tahun dan kemudian barulah saya boleh belajar dengan betul,” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? HARZIAH (tengah) yang cacat penglihata­n bersama rakan-rakannya selepas menerima ijazah pada Istiadat Konvokesye­n ke-30 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu’adzam Shah pada Sabtu.
GambarBern­ama HARZIAH (tengah) yang cacat penglihata­n bersama rakan-rakannya selepas menerima ijazah pada Istiadat Konvokesye­n ke-30 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu’adzam Shah pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia