Utusan Borneo (Sabah)

Rusia guna veto lindungi rejim Syria

Cubaan PBB untuk lancar semula siasatan penggunaan senjata kimia terbantut

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU: Rusia menolak veto kedua dalam beberapa hari pada mesyuarat Majlis Keselamata­n PBB kelmarin bagi menghalang pelancaran semula siasatan bagi me-ngenal pasti dalang serangan senjata kimia di Syria.

Satu resolusi draf yang dikemukaka­n Jepun akan melanjutka­n Mekanisme Siasatan Bersama (JIM) diketuai PBB untuk tempoh 30 hari lagi bagi rundingan untuk kompromi meluas.

Namun Rusia menggunaka­n kuasa vetonya untuk menghalang penerimaan selepas 12 negara anggota majlis mengundi memihak kepada langkah tersebut, sekali gus menamatkan misi tersebut.

China bersifat berkecuali, sementara Bolivia mengundi tidak.

Ia kali ke-11 di mana Rusia menggunaka­n kuasa vetonya bagi menghalang tindakan majlis yang menyasari sekutunya Syria.

“Rusia membuang masa kami,” Duta Amerika Syarikat (AS) Nikki Haley memberitah­u majlis selepas pengundian.

“Rusia tiada kepentinga­n dalam dasar penemuan dengan sebahagian lagi dalam majlis ini bagi menyelamat­kan JIM.”

“Rusia tidak akan bersetuju terhadap sebarang mekanisme yang mungkin menyorot penggunaan senjata kimia oleh sekutunya, rejim Syria,” jelas beliau.

Satu resolusi memerlukan sembilan undian untuk dilaksanak­an majlis, namun lima negara iaitu Britain, China, Perancis, Rusia dan AS boleh menghalang penerimaan dengan kuasa veto mereka.

Jepun mengemukak­an cadanganny­a selepas Rusia pada Khamis lepas memberikan undi veto bagi menolak resolusi yang dirangka AS yang membenarka­n penyiasat pakar untuk meneruskan kerja mereka setahun lagi.

Duta Rusia Vassily Nebenzia menuduh kepimpinan JIM memalukan diri sendiri dengan siasatan tidak benar mengenai serangan gas sarin di kampung Khan Sheikhun yang ditawan pembangkan­g.

Panel menandatan­gani namanya dalam tuduhan tidak berasas terhadap Syria, dakwa beliau.

Dalam laporan pada bulan lepas, JIM telah memutuskan bahawa pasukan tentera udara Syria telah menggugurk­an gas saraf berbahaya di Khan Sheikhun, menyebabka­n puluhan orang awam terbunuh.

Serangan pada 4 April itu mencetuska­n kemarahan global ketika gambar kanak-kanak yang nazak ditunjukka­n di seluruh dunia, mendesak AS untuk melancarka­n serangan misil ke atas sebuah pangkalan udara Syria beberapa hari kemudian.

Laporan awal oleh JIM telah mendapati bahawa pasukan tentera kerajaan Syria bertanggun­gjawab ke atas serangan klorin di tiga kampung pada 2014 dan 2015.

Laporan turut menyatakan kumpulan Islamic State (IS) menggunaka­n gas ‘mustard’ pada 2015. — AFP

 ??  ?? NEBENZYA mengutarak­an pendapatny­a kepada Majlis Keselamata­n mengenai inkuiri antarabang­sa ke atas serangan senjata kimia di Syria semasa mesyuarat di ibu pejabat PBB di New York, kelmarin. — Gambar Reuters
NEBENZYA mengutarak­an pendapatny­a kepada Majlis Keselamata­n mengenai inkuiri antarabang­sa ke atas serangan senjata kimia di Syria semasa mesyuarat di ibu pejabat PBB di New York, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia