Utusan Borneo (Sabah)

Uggah: S’wak sedia hadapi musim banjir

-

KUCHING: Kerajaan negeri menerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sudah bersiap sedia menghadapi kemungkina­n musim banjir di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumka­n jawatankua­sa itu mengadakan tiga kali mesyuarat persediaan menghadapi kemungkina­n banjir musim pada 2017 dan 2018.

Katanya, semua agensi terlibat telah membuat persiapan awal dengan status persiapan serta penugasan seramai 21,188 orang.

“Mereka terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai 5,000 orang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seramai 7,192 orang, Polis DiRaja Malaysia (2,469 orang), Jabatan Bomba dan Penyelamat (3,281 orang), Jabatan Kebajikan Masyarakat (1,087 orang), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (1,070 orang) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) seramai 1,089 orang.

“Selain itu, sebanyak lima helikopter, 215 lori, 472 kenderaan pacuan empat roda, 290 bot dan 117 ambulans dari pelbagai jabatan dan agensi turut disediakan,” jelas Uggah.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah semasa persidanga­n DUN di Kompleks DUN di sini, pada Jumaat.

Uggah juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membuat persediaan untuk membuka sebanyak 610 pusat pemindahan di seluruh Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia