Utusan Borneo (Sabah)

Usaha tingkat hidupan laut

UMS adakan CSR Tukun Tiruan bersama Setegap Ventures Petroleum

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah berkerjasa­ma dengan Setegap Ventures Petroleum

dalam program CSR Tukun Tiruan di Pulau Sepanggar, di sini pada Sabtu. Sebelum ini UMS membuat 20 buah tukun tiruan di bawah projek Enactus pada awal tahun ini. Pada kali ini Setegap Ventrures Petroleum telah memberi CSR 10 buah tukun tiruan.

Program tukun tiruan merupakan salah satu progam tanggungja­wabsosialk­orporat Syarikat Setegap Ventures Petroleum.

Progam ini dijalankan bagi meningkatk­an kadar hidupan laut di sekitar kawasan Pulau Sepanggar bagi meningkatk­an sumber ekonomi masyarakat terutama nelayan-nelayan kecil.

Selain itu juga ia bagi meningkatk­an sumber hasil pendapatan melalui aktiviti perikanan.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Ismail Ali, pembuatan tukun tiruan ini dapat meningkata­n ekonomi penduduk.

Ia juga membantu dari segi kelestaria­n hidupan laut di kawasan Pulau Sepanggar.

Tukun tiruan yang dibina adalah dengan kepakaran pelajar Enactus UMS yang baru sahaja mewakili Malaysia ke World Cup Enactus di London pada September lalu.

Dengan program ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk terus mencipta inovasi bagi membantu masyarakat setempat dari segi kepakaran marin.

Manakala menurut COO Setegap Ventures Petroleum, beliau amat berharap program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dan jumlah tukun ini dapat ditambah setiap program CSR yang akan kami jalankan nanti.

Kami di petroleum sangat berpuas hati dan gembira dengan pihak UMS atas bantuan dalam kelancaran program kami ini.

Program ini dirasmikan oleh Mohd Zulhaizan bin Md Noor, COO Setegap Ventures Petroleum. Turut serta dalam program ini Dr Mosli Tarsat, Enactus TEAM dan Faculty Advisor Enactus UMS.

 ??  ?? KELIHATAN peserta membuang tukun tiruan di Pulau Sepanggar.
Petroleum turut bersamasam­a menyiapkan tukun.
KELIHATAN peserta membuang tukun tiruan di Pulau Sepanggar. Petroleum turut bersamasam­a menyiapkan tukun.
 ??  ?? (Gambar atas) BERSIAP sedia untuk membuang tukun tiruan di Pulau Sepanggar.
(Gambar kanan)
(Gambar atas) BERSIAP sedia untuk membuang tukun tiruan di Pulau Sepanggar. (Gambar kanan)
 ??  ?? COO
COO
 ??  ?? DANIAL, Dr Mosli bersama Enactus UMDS.
DANIAL, Dr Mosli bersama Enactus UMDS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia