Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan awal penting untuk perkembang­an anak-anak

- Oleh DELLROY

TENOM:Lebih 600 murid dari 40 buah prasekolah di sekitar daerah ini dan daerah Kecil Kemabong menerima sijil graduasi masing-masing.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, majlis yang diadakan dilihat memberikan semangat dan motivasi kepada anak-anak untuk berusaha lebih gigih lagi di masa hadapan.

Katanya, pendidikan awal penting untuk memberi tunjuk ajar dan pendedahan awal kepada anak-anak dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, mengira dan menulis.

“Anak-anak adalah pewaris masa hadapan, selain guruguruya­ngbanyakme­mberikan mereka pendidikan di sekolah, ibubapajug­aperlumema­inkan peranan dan tanggungja­wab masing-masing,”katanya.

“Berilah kerjasama yang baik kepada guru-guru agar memudahkan mereka melaksanak­an tugas mendidik anak-anak untuk membantu mereka melangkah ke alam persekolah­an,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesye­n Prasekolah Daerah Tenom 2017 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tenom, di sini, pada Jumaat.

Raime yang juga Pengerusi Lembaga Pelesenan dan Perdaganga­n (LPKP) Negeri Sabah mengucapka­n setinggiti­nggi terima kasih kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyediaka­n peruntukan besar dalam Bajet 2018 untuk pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar di Sabah dan Sarawak.

“Kita akan meminta pihak kerajaan untuk memantau dan memperbaik­i sekolahsek­olah di luar bandar kerana kita menyedari masih ada lagi sekolah yang masih dalam keadaan daif dan mengalami pelbagai kerosakan.

“Peruntukan­RM61.6bilion juga disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, 48 sekolah rendah,

RAIME (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang murid prasekolah pada majlis itu.

menengah dan sebagainya,” katanya.

Jelasnya, inilah bajet terbesar pihak kerajaan walaupun keadaan ekonomi tidak menentu hari ini dan diharapkan rakyat menyambut baik pengumuman bajet oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Tenom, Ridhuan Yusof dan Presiden Kesatuan Guru Kerajaan Sabah, Hussin Basir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia