Utusan Borneo (Sabah)

60 murid terima baucar pembukaan akaun SSPN-i

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 60 murid dari tiga buah sekolah rendah di sini telah menerima baucarbagi­pembukaana­kaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Ia melibatkan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tanjung Papat I, SK Sri Tanjung Papat II dan SK Sungai Anib I.

Program Penyampaia­n Sumbangan Pembukaan Akaun SSPN-i di Dewan Serbaguna, SK Sri Tanjung Papat I itu disempurna­kan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sandakan, Fakarudin Tan Sri Haji Ampong.

Program berkenaan diselarask­an oleh Biro Pendidikan Umno Sandakan dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Berhala Darat.

Dalam program itu, beliau turut menyampaik­an sumbangan Umno Bahagian sebanyak RM3,000 kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain menyampaik­an bantuan peralatan sekolah kepada 20 murid sekolah rendah yang terjejas akibat kebakaran.

Fakarudin berkata, usaha secara berterusan menerusi pelbagai bantuan termasuk baucar pembukaan akauan SSPN-i itu adalah bukti kerajaandi­bawahkepim­pinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang sentiasa prihatin terhadap keperluan akar umbi.

“Kerajaan akan sentiasa berusaha membantu rakyat khususnya golongan pelajar dan ia boleh lihat menerusi pembentang­an belanjawan baru-baru ini dengan pendidikan terus mendapat keutamaan.

“Inilah kebaikan kerajaan sedia ada yang sentiasa komited memikirkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum supaya semua pihak mendapat manfaat bersama,” katanya.

 ??  ?? FAKARUDIN (kiri) menyerahka­n baucar pembukaan akaun SSPN-i kepada salah seorang murid.
FAKARUDIN (kiri) menyerahka­n baucar pembukaan akaun SSPN-i kepada salah seorang murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia