Utusan Borneo (Sabah)

Monaco diikat Amiens 1-1

-

PARIS: Juara Perancis Monaco diikat 1-1 di Amiens kelmarin walaupun gol penyamaan dijaringka­n oleh Stevan Jovetic untuk melepaskan dua mata dalam perebutan kejuaraan Ligue 1.

Pasukan tuan rumah bimbingan Christophe Pelissier membuat kejutan apabila mereka menjaringk­an gol pendahulua­n pada minit ke-31 menerusi Serge Gakpe, tetapi Jovetic dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan.

Pendahulu Ligue 1 Paris Saint-Germain (PSG) dapat melebarkan kelebihan ke atas Monaco kepada enam mata apabila mereka menyambut Nantes di Parc des Princes semalam, selepas anak buah Leonardo Jardim menyaksika­n siri kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut berakhir.

“Kami tidak mencapai objektif kami, terutamany­a pada separuh masa pertama – kawalan bola kami buruk, kami melakukan banyak hantaran yang tersasar dan kerja berpasukan tidak cukup bagus,” kata Jardim.

“Namun jika separuh masa pertama adalah negatif, separuh masa kedua pula lebih baik.”

Monaco memulakan perlawanan empat mata di belakang PSG, tetapi didorong oleh kepulangan kapten Radamel Falcao daripada kecederaan.

Pemain Colombia itu segera memburu go liganya yang ke14 bagi musim ini, tetapi dua kali melakukan rembatan yang tersasar sebelum dinafikan oleh kaki penjaga gol Amiens, Regis Gurtner.

Stade de la Licorne menjadi riuh sejurus selepas setengah jam apabila Gakpe, pemain antarabang­sa Togo, meluru ke arah gawang dan dengan yakin menolak bola ke sudut gol untuk menjaringk­an gol pertamanya bagi Amiens.

Pasukan pelawat hampir menyamakan kedudukan sejurus sebelum waktu rehat, tetapi selepas Gurtner gagal untuk menangani bola tinggi ke dalam kawasan penalti, pemain pertahanan tengah Monaco, Jemerson, melakukan tendangan tinggi yang melepasi palang gol.

Amiens memulakan babak kedua dengan yakin dan hampir melebarkan kelebihan, tetapi penyerang Moussa Konate menanduk bola tinggi ketika dia langsung tidak dijaga hanya beberapa sahaja dari gol.

Falcao nyaris menjaringk­an gol sekali lagi apabila dia memaksa Gurtner merebahkan badan untuk menghalang cubaannya dari tepi kotak penalti, sebelum tandukan Guido Carrillo menggeser bahagian luar tiang hanya beberapa saat kemudian.

Selepas dia menggantik­an Rony Lopes dengan Rachid Ghezzal pada waktu rehat, Jardim memasukkan Jovetic dan pemain antarabang­sa Montenegro itu memakan masa tidak sampai enam minit untuk meninggalk­an kesan.

Bekas penyerang Inter Milan itu mengintai sudut bawah selepas kerja cemerlang oleh Fabinho untuk menjaringk­an gol keduanya bagi kelab. AFP

 ??  ?? PEMAIN Amiens Danilo Avelar (kiri) cuba menghalang gerakan penyerang Monaco Rachid Ghezzal. - Gambar REUTERS
PEMAIN Amiens Danilo Avelar (kiri) cuba menghalang gerakan penyerang Monaco Rachid Ghezzal. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia