Utusan Borneo (Sabah)

Chris Coleman pilih Sunderland, akhiri kerjaya pengurus Wales

Persatuan sukan alualukan Skim Insentif Kemenangan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan-persatuan sukan mengalu-alukan pemberian Skim Insentif Kemenangan oleh Kerajaan Negeri kepada atlet Sabah yang telah menyumbang­kan pingat pada Sukan SEA Ke-29 207 Kuala Lumpur (KL2017) dan Sukan Para Asean Kesembilan Kuala Lumpur 2017.

“Selaku presiden Persatuan Olahraga Negeri Sabah (SAA), saya amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman atas keprihatin­annya dalam pemberian Skim Insentif Kemenangan ini kepada atlet negeri Sabah yang telah berjaya dalam temasya sukan itu.

“Insentif ini merupakan satu pembakar semangat untuk atlet-atlet ini supaya mara lebih jauh ke hadapan memburu kecemerlan­gan sukan di peringkat yang lebih tinggi,” kata presiden SAA, Mohamat Bin Hassan.

Mohamat berkata demikian dalam kenyataan bersama dengan beberapa presiden persatuan sukan lain pada Sabtu.

Presiden Persatuan Memanah Sabah, Datuk Zainie Abdul Aucasa pula berkata, usaha melahirkan juara dan bertaraf dunia memerlukan usaha dari semua pihak dan satu perancanga­n yang strategik disokong dengan peruntukan yang besar.

“Sehubungan dengan itu, pemberian insentif kepada mereka yang menang pingat di Sukan SEA dan Sukan Para Asean adalah sesuatu yang wajar dan amat dialu-alukan sebagai salah satu tanda ucapan tahniah kepada mereka.

“Jutaan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri terutamany­a Ketua Menteri atas sokongan dan keprihatin­an dalam memberikan peruntukan yang besar kepada sukan khasnyakep­adaPersatu­an Memanah Negeri Sabah setiap tahun melalui Peruntukan Tahunan Geran Persatuan Sukan Negeri Sabah,” kata Zainie.

Presiden Skuasy Sabah, Keng Chuan Seng pula menyifatka­n pemberian insentif itu sebagai bukti penghargaa­n dan pengiktira­fan Kerajaan Negeri Sabah kepada atlet yang sentiasa berjuang mengangkat nama negara dan Sabah ke peringkat antarabang­sa.

Seramai 29 atlet Sabah mewakili negara pada KL2017 manakala 27 atlet pada Sukan Para Asean.

Pada KL2017, 16 atlet Sabah telah menyumbang­kan sembilan pingat emas, dua perak dan enam gangsa.

Sukan Para Asean pula menyaksika­n 16 atlet Sabah menyumbang­kan sembilan pingat emas, 10 perak dan 12 gangsa.

Pemberian Skim Insentif Kemenangan­itumelibat­kan kos sebanyak RM157,250 iaitu RM52,750 untuk pemenang pingat KL2017 dan RM104,500 untuk pemenang pingat Sukan Para Asean.

Skim Insentif Kemenangan menawarkan ganjaran RM10,000 untuk pingat emas, RM3,000 (pingat perak) dan RM1,000 (pingat gangsa) bagi acara individu atau berpasukan yang melibatkan lebih empat atlet sepasukan.

Ganjaran untuk acara berpasukan melibatkan lima atau lebih atlet pula adalah RM2,500 (pingat emas), RM750 (pingat perak) dan RM250 (pingat gangsa).

Ganjaran juga diberikan kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod iaitu RM500 untuk acara individu atau berpasukan melibatkan tidak lebih empat atlet dan RM100 untuk acara berpasukan melibatkan lebih dari lima atlet.

Sebagai rekod, Malaysia muncul juara keseluruha­n KL2017 dengan pencapaian 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa manakala tempat kedua Sukan Para Asean dengan pencapaian 90 pingat emas, 85 perak dan 84 gangsa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia