Utusan Borneo (Sabah)

Safa panggil 56 pemain

Sertai ujian pemilihan skuad Piala Presiden dan Piala Belia

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTAKINABA­LU:Seramai 56 pemain telah disenaraik­an untukmenja­lanifasape­rtama ujian pemilihan Skuad Piala Presiden (bawah 21 tahun) dan Piala Belia (bawah 19 tahun) 2018 Sabah.

Ketua jurulatih Piala Presiden, Justin Ganai berkata, ujian pemilihan itu akan diadakan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 22-24 November.

“Ada dua sesi setiap hari iaitu pada jam 7.00-11.00 pagi dan 3.00-6.00 petang,” kata Justin ketika dihubungi pada Sabtu.

Selain Justin, turut membantu mengendali­kan ujian pemilihan itu adalah ketua jurulatih skuad senior, Jelius Ating, Burhan Ajui, Johnny Dominicus, Billyton Vun Kit Ming, Matasan Ahmad, Jumat Jimmy, Mark Damun, Jerry Jabidin dan Mohd Noor Francis.

“Ujian pemilihan fasa pertama ini untuk pemain-pemain yang baru dikenalpas­ti.

“Pemain dari skuad sedia ada musim lalu (Piala Presiden dan Piala Belia 2017) akan dipanggil pada fasa kedua ujian pemilihan bersama pemain-pemain baru yang berjaya melepasi fasa pertama ini,” kata Justin.

Fasa kedua ujian pemilihan akan diadakan di venue sama pada 28-30 November.

Senarai pemain yang dipanggil:

Penjaga gol: Affendy Miun Suting, Md Dzulkarnai­n Jain, Rejmon Laimon, Izan Rifa Safari, Md Abrisyam Asyraaf Syamsul Bahrin, Herisma Abd Majid, Joehari Adey Bagli, Elvin Joel Agang, Md Shahazaree­nlie Abdullah Sani, Mohd Bajudah Abdul Ismail dan Juhari Jani.

Pertahanan kanan: Arbi Usman, Md Yazid Abd Rashid, Md Qayyum Saiman dan Syarul Norsyahriz­uan Miti.

Pertahanan kiri: Deveon Mckay Frede Donny, Md Helmi Omar, Md Hasrul Nizam Roslan, Md Mizan Ali, Hajizul Sakka, Ronny Anne Antarik dan Fyellonarl­lye Mcaxora Jupri.

Pertahanan tengah: Eddy Liuester Naybin, Bellry Renno Ripin, Md Sukri Masri, Md Nur Iskandar Zulkarnain Salman, Abd Hanafi Tokyo Abdul Hasim, Nur Aizie Razlan, Andrew Beckham Jamry, Md Syah Nizam Md Erowan dan Md Faqrul Idris.

Tengah kanan: Amirul Aliamat, Ronaldo Jasneh, Md Jauzi Yusuf, Md Aiezad Azman, Md Shahrizal John dan Syafiq Ichwan Saiman.

Tengah kiri:

Md Khairul Ikhwan Saiman, Md Riaz Bahadar, Zulkifli Harun dan Md Amirul Afiq Ali.

Tengah:

Md Asyraf Rusydi Musa, Mohd Naeem Kamaluddin, Amran Abdul Jamil, Sufadiansa­h Saharun, Mohd Nazri Farhan Abdullah, Ahmad Irwanto Rusli dan Md Arizsham Jainol.

Penyerang: Syuriansha­h Selamat, Suhaizan Nazmi Etin, Md Amirul Syukrie, Abd Razik Khan Rishad Khan, Md Azizul Nordin, Jifri Ali Osman dan Md Sharizan Sidin.

 ??  ??
 ??  ?? JUSTIN
JUSTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia