Utusan Borneo (Sabah)

Lille lega benam Saint-Etienne

-

PARIS: Lille menewaskan SaintEtien­ne 3-1 kelmarin untuk mengurangk­an tekanan ke atas jurulatih dari Argentina Marcelo Bielsa dan keluar dari zon penyingkir­an dalam Ligue 1.

Kemenangan kedua berturuttu­rut itu mengeluark­an Lille dari kelompok dua kelab tercorot, selepas mereka menamatkan siri tanpa kalah dalam sembilan perlawanan berturut-turut dengan kemenangan 3-0 ke atas Metz sebelum waktu rehat antarabang­sa.

Saint-Etienne kekal di tempat keenam dalam liga selepas mereka kalah dalam perlawanan pertama di bawah jurulatih baharu Julien Sable sejak Oscar Garcia meletak jawatan pada minggu ini.

Penyerang Lille Nicolas Pepe melompat paling tinggi di tiang belakang untuk membuka jaringan pada minit ke-20 di Stade Pierre-Mauroy dengan gol ketiganya dalam dua perlawanan.

Jonathan Bamba meledakkan tendangan penalti sejurus sebelum waktu rehat untuk menyamakan kedudukan bagi pasukan pelawat, tetapi pasukan tuan rumah menjaringk­an gol pendahulua­n pada minit ke-71.

Thiago Mendes dari Brazil ternyata menjadi perbezaan apabila pemain tengah berusia 25 tahun itu merembat bola ke sudut bawah dari luar kawasan penalti untuk menjaringk­an gol keduanya bagi Lille sejak dia menyertai kelab dari Sao Paulo pada musim percutian.

Penyerang Ezequiel Ponce menambah sedikit kilauan kepada keputusan perlawanan seminit sebelum masa biasa tamat apabila dia menjaringk­an gol pertamanya sejak dia dipinjamka­n dari Roma. – AFP - Gambar AFP

 ??  ?? PEMAIN Lille Nicolas Pepe (kanan) cuba menghalang gerakan penyerang Saint-Etienne Jonathan Bamba.
PEMAIN Lille Nicolas Pepe (kanan) cuba menghalang gerakan penyerang Saint-Etienne Jonathan Bamba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia