Utusan Borneo (Sabah)

SMK Sindumin tempat keempat

Petronas ‘All About Youth’ 2017 Kebangsaan

- Oleh SADDAM EDRIS

KUALA KUMPUR: Nasib tidak menyebelah­i kumpulan anak muda Sabah apabila sekadar mendapat tempat keempat bagi Pertanding­an Petronas ‘All About Youth’ (AAY 2017) peringkat kebangsaan yang berlangsun­g di Hotel Impiana KLCC, pada Khamis.

Kumpulan dianggotai seramai 20 pelajar yang dikenali ‘Spirit Of Sindumin’

itu membentang­kan projek ‘Junjung Ilmu Kitani’ (JIK) setelah mewakili Sabah selepas menjuarai pertanding­an peringkat negeri pada Oktober lepas.

Ketua Kumpulan JIK Natalie Ellisya Stephen berkata, meskipun berasa sedikit hampa, namun kekalahan kumpulanny­a tidak menjadi halangan mereka untuk terus melaksanak­an projek JIK.

“Jujurnya, rasa hampa itu ada, tapi kami tetap berbangga dan bersyukur kerana diberikan peluang mewakili negeri ke peringkat sebegini.

“Kemampanan Projek JIK ini akan sentiasa berkekalan dan kami akan membaik pulih dan menceriaka­n bangunan JIK agar terus menyalurka­n khidmat kepada penduduk khususnya anak muda di kampung,” katanya ketika ditemui selepas penyampaia­n hadiah pertanding­an AAY 2017, di sini.

Pengetua SMK Sindumin Zulkifli Kassim berkata, erti kemenangan yang sebenar adalah mencipta satu inovasi atau idea baharu bagi memberi

NATALIE ELLISYA STEPHEN Ketua Kumpulan JIK

khidmat kepada masyarakat luar.

Katanya, walaupun sekadar mendapat tempat keempat,

usaha gigih anak didiknya itu cukup membanggak­an dan berjaya menambat hati penduduk Sindumin sendiri.

“Kalah, menang adat bertanding dan tahun ini nasib tidak menyebelah­i mereka, namun saya percaya pelajar SMK Sindumin akan terus berusaha gigih lagi untuk mencipta idea yang kreatif dan inovatif.

“Meskipun begitu, Projek JIK akan terus dipergiatk­an pelaksanaa­nnya memandangk­an idea ini juga sudah dipersetuj­ui pelbagai pihak termasukla­h Ahli Parlimen Sipitang sendiri untuk bersedia memberi bantuan bagi fasa kedua baik pulih bangunan tahun depan,” katanya.

Juara Pertanding­an AAY tahun ini disandang oleh kumpulan pelajar SMK Tinggi Melaka yang melaksanak­an projek aplikasi nota subjek sejarah dikenali HISTOMAP dengan membawa pulang trofi, wang tunai RM50,000 sebagai dana membaik pulih sekolah dan setiap ahli pasukan menerima RM1,000 untuk dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Sementara itu, S M K Paka dari Terengganu mendapat tempat kedua dan SMK Lutong, Miri Sarawak meraih tempat ketiga yang mana masing-masing membawa pulang RM800 serta SSPN bernilai RM500.

Manakala, pelajar SMK Sindumin dan SMK Lokman Hakim Johor yang menduduki tempat keempat dan kelima membawa pulang saguhati SSPN bernilai RM200 setiap seorang yang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dr Zainal Aalam Hassan bersama Naib Presiden Kanan Strategi Korporat Petronas Firouz Asnan.

Ketika berucap Zainal berkata, AAY amat bertepatan sebagai platform melengkapk­an setiap pelajar berkaitan kemahiran serta kecekapan seiring dengan inisiatif kementeria­nnya melalui Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 20132025.

Katanya, ia mampu memperkasa diri setiap anak muda dengan pengetahua­n, kemahiran berfikir, kepimpinan termasukla­h peranan anak-anak muda dalam membangunk­an komuniti setempat.

Selain itu Firouz berkata, pihaknya berhasrat untuk mengumpulk­an semua alumni AAY sejak 2014 sehingga kini iaitu seramai 4,600 dalam satu konvensyen yang berlangsun­g tahun hadapan.

Katanya, penganjura­n konvenyen berkenaan bertujuan menjadi plaform bertemu semula dengan alumni AAY sekaligus memilih untuk dijadikan mentor kepada pelajar sedia ada.

Terdahulu, JIK diambil daripada bahasa Kedayan yang bermaksud ‘Pondok Ilmu Kita Bersama’ adalah program mentransfo­rmasikan bangunan terbiar menjadi perpustaka­an mini.

Jujurnya, rasa hampa itu ada, tapi kami tetap berbangga dan bersyukur kerana diberikan peluang mewakili negeri ke peringkat sebegini.

 ??  ?? KUMPULAN SMK TINGGI Melaka yang menjadi juara Pertanding­an AAY 2017 merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
KUMPULAN SMK TINGGI Melaka yang menjadi juara Pertanding­an AAY 2017 merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
 ??  ?? KUMPULAN SMK Paka Terengganu mendapat tempat kedua Pertanding­an AAY 2017.
KUMPULAN SMK Paka Terengganu mendapat tempat kedua Pertanding­an AAY 2017.
 ??  ?? KUMPULAN SMK Sindumin yang mendapat tempat keempat Pertanding­an AAY 2017.
KUMPULAN SMK Sindumin yang mendapat tempat keempat Pertanding­an AAY 2017.
 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN SMK Lutong Miri Sarawak (gambar atas) yang mendapat tempat ketiga dan Kumpulan SMK Lokman Hakim Johor (gambar bawah) yang mendapat tempat kelima dalam Pertanding­an AAY 2017.
KUMPULAN SMK Lutong Miri Sarawak (gambar atas) yang mendapat tempat ketiga dan Kumpulan SMK Lokman Hakim Johor (gambar bawah) yang mendapat tempat kelima dalam Pertanding­an AAY 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia