Utusan Borneo (Sabah)

Miliki ilmu kemahiran satu kelebihan

Menghadapi kos sara hidup masa kini

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Memiliki ilmu dalam sesuatu kemahiran adalah satu bonus untuk dimanfaat bagi menjana pendapatan, lebih-lebih lagi berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan Georgina George berkata, menerusi ilmu dan kemahiran peluang terbuka luas untuk membantu memperbaik­i taraf ekonomi sendiri dan keluarga.

“Memilikike­mahiranbuk­an sekadar kebanggaan tapi perlu disertai keinginan untuk diadaptasi kepada peluang perniagaan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh tanpa putus asa.

“Bagi wanita khususnya para pelatih yang memiliki

“Memiliki kemahiran bukan sekadar kebanggaan tapi perlu disertai keinginan untuk diadaptasi kepada peluang perniagaan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh tanpa putus asa. Bagi wanita khususnya para pelatih yang memiliki matlamat menambah baik kehidupan dalam iklim ekonomi yang mencabar kini, kemahiran yang dipelajari ” itu tidak patut disia-siakan. GEORGINA GEORGE Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) DUN Paginatan

matlamat menambah baik kehidupan dalam iklim ekonomi yang mencabar kini, kemahiran yang dipelajari itu tidak patut disia-siakan,”katanya.

Georgina berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduan, Unit Kemahiran Kemas Ranau di Dewan Arena Belia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, ruang serta peluang bagi mereka yang memiliki ilmu kemahiran untuk menjana pendapatan tidak terhad di peringkat domestik malah mampu bersaing di peringkat antarabang­sa dengan pendapatan yang lebih lumayan menerusi kemahiran yang pelbagai.

Pada majlis itu,seramai 79 pelatih terdiri suri rumah, beliawanis dan lepasan sekolah telah menerima sijil tamat kursus kemahiran anjuran Jabatan Kemas Ranau.

Kursus selama satu tahun bermula Januari 2017 itu menawarkan Kursus Kemahiran Masakan (15 peserta), Jahitan (40 peserta) dan Dandanan Diri (14 peserta).

 ??  ??
 ??  ?? Gambar kiri SEORANG pelatih menerima sijil tamat kursus disampaika­n Georgina (tengah) sambil disaksikan Pegawai Kemas, Aliudin.
Gambar bawah ALIUDIN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Georgina sambil diperhatik­an Roskimulla­h.
Gambar kiri SEORANG pelatih menerima sijil tamat kursus disampaika­n Georgina (tengah) sambil disaksikan Pegawai Kemas, Aliudin. Gambar bawah ALIUDIN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Georgina sambil diperhatik­an Roskimulla­h.
 ??  ?? Gambar atas GEORGINA (duduk tengah), kakitangan Kemas Ranau bersama sebahagian pelatih tamat kursus.
Gambar atas GEORGINA (duduk tengah), kakitangan Kemas Ranau bersama sebahagian pelatih tamat kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia