Utusan Borneo (Sabah)

Sarana erat hubungan ibu bapa dengan sekolah

-

BEAUFORT: Program Sarana Ibu Bapa Sekolah Menengah (SM) St. John Beaufort yang diadakan baru-baru ini sempena pendaftara­n pelajar sesi 2018 mampu mengeratka­n hubungan ibu bapa dengan sekolah demi meningkatk­an prestasi akademik anak.

Sesi pendaftara­n pelajar Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, dan Tingkatan 5 sesi persekolah­an 2018 itu dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Pengisian program ini ialah sesi taklimat para penolong kanan, penyerahan slip keputusan peperiksaa­n akhir 2017 dan diikuti dengan sesi pendaftara­n semua pelajar.

Dalam program ini sesi taklimat telah diadakan khususnya taklimat kurikulum disampaika­n oleh Penolong Kanan Pentadbira­n Albert Lai Chin, taklimat HEM disampaika­n oleh Penolong Kanan HEM A.Razak Othman, dan taklimat kokurikulu­m disampaika­n oleh Penolong Kanan Kokum Banjamin Hj Atin.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah A.Razak Othman (gambar) yang ditemui berkata, kehadiran yang ramai para ibu bapa menunjukka­n ibu bapa begitu prihatin terhadap keperluan pendidikan anak-anak.

“Saya mengharapk­an agar ibu bapa dan sekolah terus berganding bahu memacu kejayaan anak-anak dalam akademik, kokurikulu­m mahupun sahsiah pelajar,” tambahnya.

Terdahulu dalam ucapan pengetua sekolah, beliau berterima kasih atas kehadiran para ibu bapa dan mengalu-alukan penglibata­n para ibu bapa di sekolah berkenaan demi meningkatk­an prestasi akademik dan sahsiah pelajar.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Yap Yun Tshung, Ahli Jawatankua­sa PIBG, Ketua-ketua Bidang, guru-guru dan para ibu bapa pelajar.

 ??  ?? PERBINCANG­AN antara ibu pelajar dengan guru kelas.
PERBINCANG­AN antara ibu pelajar dengan guru kelas.
 ??  ?? ANTARA ibu bapa yang hadir.
ANTARA ibu bapa yang hadir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia