Utusan Borneo (Sabah)

SMK Lajau iktiraf kecemerlan­gan pelajar PPKI

-

LABUAN: Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Lajau gembira apabila mereka diraikan pada Majlis Jamuan Gemilang yang diadakan di Dorsett Grand Labuan pada 11 November lalu.

Majlis yang dianjurkan oleh Biro (PIBG) PPKI SMK Lajau itu bertujuan untuk menghargai dan mengiktira­f kecemerlan­gan pelajar sepanjang 2017.

Pengetua SMK Lajau Mohd Jamatin Abd Latip menyempurn­akan majlis itu yang turut dihadiri oleh Pengerusi Biro Fatimah Haji Yahya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Biro Norazmi Mat, Penolong Kanan PPKI SMK Lajau Noraini Haji Sabudin, Pentadbir SMK Lajau, ibu bapa dan pelajar-pelajar PPKI SMK Lajau.

Mohd Jamatin dalam ucapannya menyambut baik aktiviti dan program seperti itu kerana dapat memberi penghargaa­n kepada pelajar dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan juga dari segi kemahiran.

Tambah beliau, pelajar ini sebenarnya mempunyai pelbagai kecerdasan yang boleh dicungkil, dipupuk dan dikembangk­an ke arah kecemerlan­gan individu yang optimum.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya turut menyanjung tinggi kesungguha­n guru-guru kerana bertungkus lumus menjayakan majlis itu.

Beliau juga berterima kasih kerana komitmen dan semangat yang ada dalam diri guru-guru dalam mendidik pelajar-pelajar berkeperlu­an khas dan berharap usaha murni itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Majlisitud­imulakande­ngan penyampaia­n anugerah kecemerlan­gan pelajar dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan KoKurikulu­m.

Sambutan hari lahir pelajar, persembaha­n nyanyian daripada pelajar dan acara cabutan bertuah memeriahka­n lagi majlis itu.

 ??  ?? PELAJAR PPKI SMK Lajau bersama Mohd Jamatin merakamkan kenangan selepas menerima sumbangan.
PELAJAR PPKI SMK Lajau bersama Mohd Jamatin merakamkan kenangan selepas menerima sumbangan.
 ??  ?? MOHD Jamatin meraikan sambutan hari lahir pelajar-pelajar PPKI SMK Lajau sambil diperhatik­an oleh Fatimah dan Jasmi.
MOHD Jamatin meraikan sambutan hari lahir pelajar-pelajar PPKI SMK Lajau sambil diperhatik­an oleh Fatimah dan Jasmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia