Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan sambil belajar beri pengetahun, pengalaman baharu

-

RANAU: Program belajar sambil melawat melibatkan 39 murid bersama sembilan guru dan tiga ahli Jawatankua­sa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SK. Sandau Kinabatang­an memberi ilmu pengetahun dan pengalaman baharu kepada para peserta.

Ketua rombongan merangkap penyelaras program Robiah Lapo memberitah­u, program tersebut merupakan antara aktiviti yang dirancang pihak sekolah bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid.

Katanya, dengan penyertaan ini mereka (murid) berpeluang memerhati sendiri lokasi-lokasi menarik sambil mendapatka­n maklumat tepat yang bakal diaplikasi­kan dalam pembelajar­an, selain yang diperoleh menerusi pembelajar­an dalam bilik darjah yang dipancarka­n oleh guru-guru.

Menurut Robiah, selain murid Tahun 5 (Amicale) sebagai sasaran, program itu juga disertai tujuh murid Tahun 6 (Cairdeas) sebagai ‘Mentor’ bagi membantu dalam proses pemudahcar­a dan membimbing para pelajar Tahun 5 yang menyertai lawatan itu.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas kerjasama semua guru, ibu bapa dan pihak Ladang Asia Palm, Ladang Pahang Dua dan Ladang Sandau kerana memberi sumbangan dana berupa kewangan bagi menjayakan program belajar sambil melawat itu.

Guru Kelas Tahun 5 SK. Sandau Mohd.Rafidul Safri memaklumka­n bahawa dengan sokongan, kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak membolehka­n lawatan sambil belajar itu berjalan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah.

“Program telah berjalan dengan baik, kerana semua peserta telah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Katanya, antara lokasi yang telah mereka kunjungi ialah SK. Sri Gaya (Sekolah Berprestas­i Tinggi), Muzium Negeri Sabah, Yayasan Sabah, Petrosains dan Universiti Malaysia Sabah(UMS).OlehJAINUD­IN

NASIR

 ??  ?? MURID-murid merakam gambar bersama Robiah (berdiri lima kanan), Mohd. Rafidul (berdiri lapan kiri) dan AJK PIBG serta guru-guru yang lain.
MURID-murid merakam gambar bersama Robiah (berdiri lima kanan), Mohd. Rafidul (berdiri lapan kiri) dan AJK PIBG serta guru-guru yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia