Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Unit Beruniform 2017 SK Balung Tawau Puteri Tunas juara keseluruha­n

-

PERSATUAN Pandu Puteri Tunas (PPPM) muncul juara keseluruha­n Karnival Unit Beruniform (KUB) 2017 yang diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Balung, Tawau.

PPPT yang diketuai oleh Cikgu Sutine Misran menjuarai KUB itu apabila berjaya memungut mata tertinggi daripada semua acara yang dipertandi­ngkan.

Naib johan disandang Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) yang diketuai Cikgu Yusnaini Yusop dan tempat ketiga dimenangi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) yang diketuai Cikgu Kegen Rahmat.

Karnival dua hari itu disertai seramai 529 murid yang mewakili lima pasukan unit beruniform di sekolah berkenaan.

Sempena karnival itu, turut disampaika­n ialah Anugerah Tokoh Unit Beruniform kategori lelaki dan perempuan bermula dari Tahun Tiga hingga Tahun Enam, berdasarka­n pencapaian cemerlang mereka dalam aktiviti pasukan pakaian serama.

Tokoh UB Tahun Tiga disandang oleh Mohd Amirul Fikri Dasar dari Persatuan Pengakap dan Nur Syahirah Irwan dari Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), manakala Tokoh UB Tahun Empat ialah Mohd Danial Arami Mohd Hairi dari Persatuan Pengakap dan Kumairah Abadi dari PPIM.

Mohd Hafisyal Musa dari TKRS dan Raihanah Syamimah Ridwan dari PPPM dianugerah­kan Tokoh UB Tahun Lima, manakala Tokoh UB Tahun Enam dinobatkan kepada Mohd Shamizan Jalloh dari PBSMM dan Nursyafina­z Abd Rashid dari TKRS.

Guru Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Balung Sharidun Suriansah berkata sebanyak lima aktiviti yang dipertandi­ngkan ialah kawad formasi, ikhtiar hidup, pasang buka khemah, pameran dan juga gerai jualan unit beruniform.

Selain itu, beberapa aktiviti terbuka untuk disertai para ibu bapa dan orang awam turut memeriahka­n lagi karnival itu termasukla­h pertanding­an nyanyian karaoke dan gerai pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Antara agensi terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), TM Point dan Radio Amatur Borneo.

Katanya, karnival yang julung kali diadakan di sekolah itu antara lain bertujuan melaksanak­an aktiviti tahunan sekolah dalam bidang kokurikulu­m.

Selain itu ia juga bertujuan mencungkil bakat dan potensi murid khasnya dalam kemahiran memimpin selaras dengan ‘Enam Aspirasi Murid’ dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“Karnival ini bukan sahaja ingin menonjolka­n ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid dalam kemahiran memimpin, malah turut memenuhi Anjakan Ke-9 dalam 11 Anjakan utama untuk Transforma­si Sistem Pendidikan iaitu bekerjasam­a dengan ibu bapa, komuniti dan ” sektor swasta secara meluas

SHARIDUN SURIANSAH

Guru Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Balung

Enam Aspirasi Murid atau penglibata­n murid dalam ciri utama dalam PPPM aktiviti kokurikulu­m mampu yang diperlukan oleh setiap memberi impak dalam murid untuk berupaya pencapaian kendiri yang bersaing pada peringkat cemerlang seiring dengan global ialah pengetahua­n, pencapaian akademik. kemahiran berfikir, “Murid yang dilengkapi kemahiran memimpin, dengan kemahiran kemahiran dwibahasa, etika berpersatu­an seperti dan kerohanian dan identiti kemahiran memimpin dan nasional. beretika mampu bersaing

Katanya, sebahagian pada peringkat global,” besar aspirasi murid yang katanya semasa berucap pada dihasratka­n dalam PPPM itu majlis itu. telah digarap secara bersepadu Karnival itu dirasmikan menerusi pelaksanaa­n oleh Ketua Setiausaha Politik Program Karnival Unit kepada Ketua Menteri Sabah Beruniform SK Balung, Datuk Haji Nizam Abu Tawau. Bakar Titingan yang juga

“Karnival ini bukan sahaja Naib Ketua Umno Bahagian ingin menonjolka­n ciri utama Tawau. yang diperlukan oleh setiap Dalam ucapannya, murid dalam kemahiran beliau berkata penglibata­n memimpin, malah turut murid dalam aktiviti unit memenuhi Anjakan Ke-9 beruniform dapat melahirkan dalam 11 Anjakan utama generasi masa depan yang untuk Transforma­si Sistem mencintai negara, selain dapat Pendidikan iaitu bekerjasam­a mengelakka­n diri daripada dengan ibu bapa, komuniti terlibat dengan pelbagai gejala dan sektor swasta secara sosial yang negatif. meluas,” katanya. Turut hadir ialah wakil

Guru Besar SK Balung Pegawai Pendidikan Mohd Fazil Abdullah berkata Daerah (PPD) Tawau Basri Nusu yang juga Penyelia Kokurikulu­m PPD Tawau, Guru Besar SK Serudung Baru Beddu Dollah dan Pemaju Mukim Kampung Balung Kokos Haji Ronsen serta para pemimpin masyarakat setempat.

Untuk rekod, SK Balung Tawau mula beroperasi pada 1 September 1969 dan pada masa kini mempunyai 59 guru, 10 kakitangan bukan mengajar dan 751 murid.

 ??  ?? NIZAM diiringi Basir dan Mohd Fazil melawat ke tapak pameran PBSMM sambil diperhatik­an Ronsen (kiri).
NIZAM diiringi Basir dan Mohd Fazil melawat ke tapak pameran PBSMM sambil diperhatik­an Ronsen (kiri).
 ??  ?? GURU pemimpin TKRS Amir Hasan antara pengadil dalam pertanding­an pasang buka khemah.
GURU pemimpin TKRS Amir Hasan antara pengadil dalam pertanding­an pasang buka khemah.
 ??  ?? DERETAN gerai pameran dan jualan orang awam memeriahka­n Karnival Unit Beruniform SK Balung.
DERETAN gerai pameran dan jualan orang awam memeriahka­n Karnival Unit Beruniform SK Balung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia