Utusan Borneo (Sabah)

PKS perlu teroka permintaan luar negara untuk peranti perubatan

-

KUALA SELANGOR: Lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meneroka permintaan untuk peranti perubatan yang semakin meningkat dari luar negara, terutama ASEAN.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata pada 2016, eksport peranti perubatan Malaysia mencecah RM15.84 bilion manakala import sebanyak RM4.54 bilion.

Beliau berkata Malaysia mencatatka­n lebihan dagangan yang sihat dalam kategori peroduk, dengan sebahagian besarnya disumbangk­an oleh sektor perubatan yang boleh digunakan.

Ahmad memuji keupayaan pengeluar peralatan perubatan Malaysia, terutama Bumiputera yang menembusi pasaran global.

Destinasi utama eksport bagi peranti perubatan Malaysia ialah Amerika Syarikat, Jerman, Belgium, Jepun dan Singapura yang secara kolektif menyumbang 60 peratus daripada jumlah eksport negara dalam kategori itu, katanya kepada pemberita selepas melawat kilang, gudang dan pejabat Foresight Industries Sdn Bhd di Puncak Alam di sini kelmarin.

Syarikat Bumiputera itu menghasilk­an peranti perubatan pakai buang.

Ahmad menyifatka­n peningkata­n eksport didorong oleh kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan disebabkan bilangan penduduk yang semakin tua, yang seteruskan menjana pertumbuha­n mantap sektor perubatan pada masa depan.

“Dalam sektor perubatan, pica gari, jarum dan kateter dijangkaka­n menyumbang sebahagian besar penggunaan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia