Utusan Borneo (Sabah)

Umno Semporna buat dua laporan polis terhadap pemimpin Warisan

-

KOTA KINABALU: Anggota Umno Semporna membuat dua laporan polis terhadap beberapa pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) yang membuat tuduhan tidak berasas kepada pemimpin Umno berkenaan pemilikan aset mewah termasuk jet peribadi.

Mohd Ali Sulaiman dan Sappari Osman membuat dua laporan polis berasingan agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Naib Presiden Warisan Junz Wong, Ketua Wira Warisan Mohd Azis Jamman dan Timbalan Ketua Wira Warisan Nicholas Chak.

Sappari berkata, mereka membuat laporan polis ini agar ketiga-tiga pemimpin Warisan disiasat secara terperinci kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Hasutan 1948.

“Mereka turut mendakwa pesawat persendiri­an jenis Gulfstream G200 adalah milik Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman walaupun Sabah Air Aviation Sdn Bhd (Sabah Air) menjelaska­n pesawat itu milik syarikat terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Sabtu.

Pada 14 November pemimpin Warisan mempersoal­kan bagaimana pemimpin Umno mampu memiliki aset mewah dan pada masa sama membuat tuduhan kepada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal yang juga bekas Menteri Pusat tidak melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Wong turut mendakwa Shafie yang sudah memegang beberapa jawatan di Umno dan Kabinet Persekutua­n selama 22 tahun hanya memiliki sebuah rumah di sini, rumah keluarga di Semporna serta sebuah lagi rumah di Kuala Lumpur yang hanya disewa.

 ??  ?? SAPPARI (tengah) dan Ali (dua kanan) selepas membuat laporan polis di IPD Kota Kinabalu pada Sabtu.
SAPPARI (tengah) dan Ali (dua kanan) selepas membuat laporan polis di IPD Kota Kinabalu pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia