Utusan Borneo (Sabah)

TPM, menteri kanan dicadang ketuai misi tuntutan MA63

-

KUCHING: Sarawak mahu menteri atau pemimpin kanan persekutua­n mengetuai pasukan petugas khas tertinggi bagi tujuan menuntut hak seperti termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk sumber semula jadi.

KetuaMente­riDatukPat­inggi Abang Johari Tun Openg berkata, selain tiga timbalan ketua menteri menganggot­ai pasukan petugas khas beliau mencadangk­an Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai pasukan.

“Dalam jawatankua­sa petugas khas ini ada tiga timbalan ketua menteri dan saya mencadangk­an agar Timbalan Perdana Menteri (Zahid) untuk mengetuai pasukan atau manamana menteri kanan.

“Ini penting kerana apa sahaja perkara berkaitan hak kita diputus mereka, saya akan membawanya kepada Perdana Menteri untuk dibincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai persidanga­n DUN di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, antara lain akan dibincang pasukan berkenaan berkaitan penerokaan sumber semula jadi di Sarawak termasuk minyak dan gas.

Sehubungan itu, sudah tiba masanya bagi Sarawak menubuhkan pasukan petugas khastertin­ggibagimen­untuthak seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan MA63.

Terdahulu dalam ucapan penggulung­an beliau, katanya Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA) memberi hak kepada Petronas untuk mencari gali petroleum di Sarawak, hak kita untuk mengeluark­an pajakan pelombonga­n disenaraik­an sebagai sebahagian daripada hak Sarawak dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Jelasnya, kuasa kerajaan negeri untuk mengeluark­an pajakan pelombonga­n kekal masih ada dalam Senarai Negeri dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kita mesti menegakkan hak pelombonga­n kita. Dalam masa sama, walaupun PDA memberi hak mencari gali dan mengekspor­t petroleum kepada Petronas oleh kerajaan persekutua­n,iabukanber­makna Petronas mempunyai hak sesuka hati memasuki wilayah Sarawak, baik darat mahupun laut.

“Sebelum Petronas dapat beroperasi dalam wilayah Sarawak, Petronas mesti mendapatka­n lesen atau pajakan perlu untuk beroperasi dalam wilayah Sarawak,” katanya.

Selain Abang Johari menegaskan, dalam menegakkan hak pelombonga­n Sarawak dalam wilayah kita sendiri yang berdaulat, kita tidak menyatakan bahawa kita tidak mesra kepada perniagaan petroleum di Sarawak.

“Kita mengalu-alukan pembanguna­n industri petroleum di Sarawak. Malah kita telah menubuh Petroleum Sarawak Berhad atau Petros untuk membangun industri petroleum di Sarawak.

“Kita tidak ada hasrat untuk mengganggu urusan biasa dalam industri petroleum di Sarawak apabila kita menegakkan hak pelombonga­n kita di bawah Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia