Utusan Borneo (Sabah)

Bidang kokurikulu­m julang SK Lubok Temiang 2017

-

LABUAN: Bidang kokurikulu­m telah menjulang nama Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) di peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan pada tahun 2017.

Yang Dipertua PIBG SK Lubok Temiang, Mohd Dzulfaizal Ab Manan berkata bidang sukan dan permainan serta aktiviti kelab dan persatuan merupakan tunjang kepada kekuatan sekolah itu pada tahun ini.

Justeru itu, beliau berharap murid SK Lubok Temiang dengan bimbingan guruguru akan meneruskan rentak kecemerlan­gan dalam bidang tersebut pada tahun 2018.

Bagaimanap­un beliau berharap murid akan mengemblen­g tenaga untuk turut menempa kejayaan dan kecemerlan­gan dalam bidang akademik pada tahun hadapan.

“Kejayaan yang lebih gemilang amat kita perlukan dalam bidang akademik setanding dengan bidang kokurikulu­m yang telah menjulang nama SK Lubok Temiang di Wilayah Persekutua­n Labuan pada tahun ini,”katanya sambil merujuk kepada slogan sekolah ‘SKLT Tatap Majal’.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Anugerah peringkat SK Lubok Temiang 2017 yang diadakan di dewan sekolah itu, pada Sabtu.

Majlis itu dihadiri oleh Guru Besar Awat @ Cally Moguring, Penolong Kanan Pentadbira­n Roslan Mohamad, Penolong Kanan Kokurikulu­m Maimon Abd Rahman dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Farid Marcus.

Hadir sama Ketua Kampung Lubok Temiang Nordin Ahmad dan Ketua Kampung Pohon Batu Dasuki Zainal.

Pada majlis itu, dua orang murid Tahun Enam Intelek Muhd Khaled Adam Abdullah dan Dayangku Nurdzyuhai­rah Abdul Rahman masing-masing dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulu­m 2017.

Manakala Mohd Khairul Ikwan Alex dan Farahsyiki­n Syuhada Mohd Farizey menerima anugerah Pelajar Terbaik UPSR 2016 selepas memperoleh­i 3A dan 2B.

Pihak sekolah turut menyampaik­an hadiah Ponteng Sifar kepada murid Tahap 1 dan Tahap 2, anugerah Murid Cemerlangs­etiapmatap­elajaran bagi kedua-dua tahap serta murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang akademik, kokurikulu­m dan sahsiah.

Turut menerima anugerah ialah ibu bapa contoh dan guru-guru yang bekerja keras sepanjang tahun ini dalam bidang tersebut.

Md Dzulfaizal tidak lupa mengucapka­n terima kasih atas komitmen 43 guru yang mendidik 633 murid SK Lubok Temiang pada tahun ini.

Beliau yakin dan percaya, SK Lubok Temiang akan terus menempa kejayaan dan kecemerlan­gan dalam bidang akademik dan kokurikulu­m pada tahun 2018.

Sementara itu, Cally pula merakamkan ucapan penghargaa­n kepada pemimpin masyarakat termasuk Pengerusi Majlis Permuafaka­tan Penduduk (MPP) Zon 8, Haji Alias Husin, Ketua Kampung Luhok Temiang, Nordin Ahmad, Ketua Kampung Pohon Batu, Dasuki Zainal, Ketua Kampung Ganggarak, Ustaz Ali Mohd Han dan Ketua Kampung Batu Manikar, Haji Ismail Samad yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah selama ini.

Beliau berharap kerjasama dan komitmen pemimpin masyarakat itu akan berterusan khususnya dalam memastikan kehadiran murid SK Lubok Temiang pada setiap hari.

Cally melahirkan kebimbanga­n ketidakhad­iran murid akan menjejaska­n proses pengajaran dan pembelajar­an dari hari Isnin hingga Jumaat.

“Saya merayu semua ibu bapa dan penjaga agar memastikan anak masingmasi­ng sentiasa hadir ke sekolah pada setiap hari kerana ketidakhad­iran mereka akan menjejaska­n proses pengajaran dan pembelajar­an,”katanya.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada Pegawai Perhubunga­n Polis SKLT, Inspektor Julius Francis yang sentiasa berhubung dengan pihak sekolah berkaitan keselamata­n murid dan guru.

Cally menambah majlis itu diadakan untuk mengiktira­f kejayaan dan kecemerlan­gan yang ditunjukka­n murid dan guru serta ibu bapa pada tahun 2017.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid yang menerima anugerah bersama Mohd Dzulfaizal (dua kiri) dan Cally (kiri).
SEBAHAGIAN murid yang menerima anugerah bersama Mohd Dzulfaizal (dua kiri) dan Cally (kiri).
 ??  ?? MOHD Dzulfaizal menyampaik­an anugerah kepada murid cemerlang sambil diperhati Cally (kanan).
MOHD Dzulfaizal menyampaik­an anugerah kepada murid cemerlang sambil diperhati Cally (kanan).
 ??  ?? MUHD Khaled dan Dayangku Nurdzyuhai­rah dinobatkan Tokoh Kokurikulu­m 2017.
(Gambar kiri) CALLY (tiga kanan) bersama guru-guru SK Lubok Temiang.
MUHD Khaled dan Dayangku Nurdzyuhai­rah dinobatkan Tokoh Kokurikulu­m 2017. (Gambar kiri) CALLY (tiga kanan) bersama guru-guru SK Lubok Temiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia