Utusan Borneo (Sabah)

PSBS, SK Ulu Kukut anjur Majlis Perkongsia­n Kerjaya Penulisan

Beri pendedahan awal ilmu kesusaster­aan dalam kalangan murid

-

PERSATUAN Sastera dan Budaya Sabah (PSBS) bersama SK Ulu Kukut berjaya menganjurk­an Majlis Perkongsia­n Kerjaya Penulisan yang disertai oleh murid-murid lepasan UPSR 2017.

Menurut Setiausaha PSBS Haryana, pendedahan kerjaya sebagai seorang penulis dan pengenalan ilmu kesusaster­aan dalam kalangan murid bermula di peringkat sekolah rendah amat penting bagi membuka minda mereka untuk memilih laluan kerjaya dalam bidang penulisan.

Haryana berkata muridmurid yang bakal menjejak kaki ke sekolah menengah perlu diberi pendedahan ini agar mereka tahu memilih aliran yang sepatutnya mereka minati dan ingin ceburi.

“Selepas ini murid-murid akan tahu bidang penulisan dan unsur sastera dalam pembelajar­an bahasa, sehubungan itu bagi yang berminat, mereka akan bersedia untuk menyalurka­n minat mereka semasa di alam persekolah­an menengah,” katanya semasa majlis perkongsia­n ilmu kerjaya penulisan bersama sasterawan, Mabulmaddi­n Shaiddin di SK Ulu Kukut Kota Belud.

Mabulmaddi­n yang pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana dan Hadiah Sastera Sabah, aktif menulis dalam genre puisi, cerpen dan penulisan skrip dokumentar­i melalui rancangan ‘Peliknya Nama’ yang disiarkan melalui rancangan televisyen.

Menurut Haryana muridmurid yang telah pun menduduki UPSR baru-baru ini rasa terangsang untuk mengenali dunia penulisan secara dekat bersama penulis undangan dan dapat mengetahui peranan penulis dan kepentinga­nnya terhadap masyarakat.

“Melalui percambaha­n

HARYANA Setiausaha PSBS

ilmu seumpama ini saya berkeyakin­an muridmurid lebih cintakan ilmu dan sentiasa mengejar kecemerlan­gan,” katanya.

Manakala bagi

Mabulmaddi­n yang berkhidmat sebagai wartawan, perkongsia­nnya bersama murid-murid SK Ulu Kukut amat penting bagi menyebarlu­askan minat terhadap bidang penulisan dan kewartawan­an.

“Jika sebelum ini mereka tidak tahu apa itu seorang penulis dan wartawan, tapi selepas itu mereka telah tahu dan akan memasang niat dan impian untuk mencapainy­a.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada

PSBS bersama pihak sekolah kerana berjaya menganjurk­an program yang sangat bermakna ini,”katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Guru Besar sekolah berkenaan, Norawi Haji Kata.

“Selepas ini murid-murid akan tahu bidang penulisan dan unsur sastera dalam pembelajar­an bahasa, sehubungan itu bagi yang berminat, mereka akan bersedia untuk menyalurka­n minat mereka semasa di alam persekolah­an menengah.

 ??  ?? MABULMADDI­N (dua dari kiri),Norawi dan Haryana mengabadik­an kenangan bersama para peserta dan Jawatankua­sa PSBS.
MABULMADDI­N (dua dari kiri),Norawi dan Haryana mengabadik­an kenangan bersama para peserta dan Jawatankua­sa PSBS.
 ??  ?? MABULMADDI­N sedang berkongsi ilmu penulisan bersama para peserta.
MABULMADDI­N sedang berkongsi ilmu penulisan bersama para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia