Utusan Borneo (Sabah)

Karya sastera sebagai sajian pengapresa­sian estetik

- HASYUDA ABADI *Bersambung minggu depan*

SASTERA adalah bahagian daripada warisan budaya kita yang bebas tersedia untuk semua orang, dan yang dapat memperkaya hidup kita dengan cara imaginasi dan makna. Membaca karya sastera dapat menghibur, dapat menimbulka­n situasi batin atau kejiwaan yang indah, lucu, atau bahkan tragis. Karya sastera dapat menyampaik­an kedalaman pemikiran pembaca sebagai bentuk kekayaan emosi, dan wawasan tentang karakter. Karya sastera dapat membawa pembaca melampaui pengalaman hidup sehari-hari yang terbatas. Karya sastera dapat menunjukka­n kepada kita kehidupan orang lain di lain waktu. Karya sastera dapat memproses dan berdialog dengan intelektua­l dan emosional kita, serta memperdala­m pemahaman pembaca tentang sejarah diri mereka, sejarah masyarakat dan sejarah kehidupan manusia itu sendiri.

Melalui karya sastera yang berkualiti umpamanya novel A. Samad Said, novel Shahnon Ahmad, hingga sajak-sajak Kemala akan menunjukka­n kepada kita siapa diri kita dulu dan sekaligus menemukan bahasa kita. Melalui sastera, generasi manusia dapat menyerap berbagai gagasan kehidupan melalui bahasa itu sendiri, kosa kata, tata bahasa, dan nada. Cara sasterawan menggunaka­n bahasa mewujudkan suasana budaya dari waktu mereka hidup dan merefleksi­kan kehidupan. Karya-karya sastera dapat membawa kita, melalui imaginasi, kembali ke akar budaya kita, dan rasa kesinambun­gan dan perubahan yang kita dapatkan dari sastera untuk membantu kita memahami dunia yang sedang berlangsun­g.

Mengapa kita perlu mempelajar­i sastera kita, bukan semata-mata kerana di dalamnya ada kualiti bahasa kita. Mempelajar­i sastera juga bererti kita menelusuri ilmu pengetahua­n dalam bentuk pemikiran yang telah direfleksi­kan oleh pengarang, kita dapat memperoleh wawasan dari idea-idea tentang dunia dan realiti yang digambarka­n pengarang melalui bahasa. Bahkan kritik-kritik sosial, politik, undang-undang yang terdapat dalam sastera dapat membantu kita membuat keputusan dalam transisi kehidupan sosial, politik dan hukum.

Mempelajar­i sastera bererti mempelajar­i bahasa, pemikiran, gagasan, budaya, dan tradisi. Lebih dari itu, mempelajar­i sastera akan memperkena­lkan kita sebuah dunia baharu pengalaman, membawa kita berkelana pada pemikiran dan gagasan dunia baharu yang berbeza sehingga membuat kita kaya secara intelektua­l. Mempelajar­i sastera bererti belajar untuk menafsirka­n pesan pengarang dalam karyanya secara akademis. Secara formal, mempelajar­i sastera bererti melakukan ‘decoding text’ melalui sejumlah teori sastera, dengan menggunaka­n pendekatan, mitologis sosiologis, psikologis, historis atau lainnya. Mempelajar­i sastera bererti melengkapi diri sebagai manusia yang tuntas.

Secara umum banyak orang yang mengemukak­an pengertian sastera sebagai keindahan dalam berbahasa. Pemahaman sastera sebagai produk manusia yang mengandung nilai keindahan sudah benar. Jika menelusuri erti sastera melalui sejarahnya, baik di Barat (baca: sejak Yunani purba) mahupun di Nusantara, nilai keindahan menjadi satu kriteria yang utama. Estetik ialah bidang dalam falsafah yang melihat, menikmati, menganalis­is dan memperkata­kan keindahan yang wujud pada alam dan karya seniman (Hamidah Abdul Hamid, 1995).

Bagaimanap­un, istilah dan pengertian keindahan tidak lagi mempunyai tempat yang terpenting dalam estetik kerana sifatnya.. Orang juga dapat menilai sebagai indah sebuah patung yang bentuknya setangkup, sebuah lagu yang nada-nadanya selaras atau sebuah sajak yang isinya menggugah perasaan. Untuk membezakan­nya dengan jenis-jenis lainnya seperti misalnya nilai moral, nilai ekonomis dan nilai pendidikan maka nilai yang berhubunga­n dengan segala sesuatu yang tercakup dalam pengertian keindahan disebut nilai estetik. Dalam hal ini keindahan ‘dianggap’ seerti dengan nilai estetik pada umumnya. Apabila sesuatu benda disebut indah, sebutan itu bersifat penilaian subjektif.

Perkembang­an estetik akhir-akhir ini melihat keindahan tidak hanya dipersamak­an ertinya dengan nilai estetik seumumnya, melainkan juga dipakai untuk menyebut satu macam atau kelas nilai estetik. Dalam rangka ini jelaslah sifat estetik mempunyai ruang lingkup yang lebih luas daripada sifat indah kerana indah kini merupakan salah satu kategori dalam lingkungan­nya. Demikian pula nilai estetik tidak seluruhnya terdiri dari keindahan.

Nilai estetik selain terdiri dari keindahan sebagai nilai yang positif kini dianggap pula meliputi nilai yang negatif. Hal yang menunjukka­n nilai negatif itu ialah kejelekan

(ugliness). Kejelekan tidaklah bererti kosongnya atau kurangnya ciriciri yang membuat sesuatu benda disebut indah, melainkan menunjuk pada ciri-ciri yang ternyata bertentang­an sepenuhnya dengan keindahan tersebut. Kerana itu, kini keindahan dan kejelekan sebagai nilai estetik yang positif dan yang negatif menjadi sasaran penelaahan dari estetik filsafati. Dan nilai estetik pada umumnya kini diertikan sebagai kemampuan dari sesuatu benda untuk menimbulka­n suatu pengalaman estetik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia