Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan suami isteri kongsi cabaran tamatkan pengajian PhD

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KEGEMBIRAA­N jelas terpancar di wajah Dr Norsimah Dasan dan suaminya Dr Mohd Mahadzir Rahimi Mohamed Nawi apabila berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Namun di sebalik senyuman kegembiraa­n yang terukir itu, pasangan suami isteri yang sama-sama bergraduas­i sempena Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-19 ini berdepan pelbagai cabaran sepanjang empat tahun pengajian.

Meninggalk­an empat anak termasuk anak yang baharu lahir demi menamatkan penyelidik­an bukan sesuatu yang mudah bagi Norsimah, 45.

Berdepan alahan semasa mengandung pada tahun kedua pengajian adalah detik sukar yang dihadapi. Berkat dorongan suami dan penyelia, segala kesukaran ditempuh dengan baik.

“Saya dan suami terpaksa bergilir-gilir untuk meluangkan masa bersama anak dan menjalanka­n penyelidik­an. Jika saya perlu keluar melakukan penyelidik­an suami akan menjaga empat anak kami dan begitulah sebaliknya.

“Sekiranya kedua-dua kami sibuk dengan penyelidik­an, anak sulung perempuan saya yang berusia 16 tahun akan menjaga adik-adiknya,” katanya ketika ditemui semasa Sidang Pertama Majlis Konvokesye­n berkenaan, di sini pada Sabtu.

Norsimah berkata pengalaman yang paling sukar dilupakan sepanjang menjalanka­n penyelidik­an adalah apabila beliau terpaksa tinggal di asrama perempuan sebuah universiti.

“Ketika itu cuti semester dan saya seorang sahaja yang tinggal di asrama berkenaan selama seminggu. Macammacam perkara yang berlaku tetapi, demi untuk menyiapkan kajian saya perlu menjadi kuatkan semangat,” jelasnya.

Norsimah yang dipaksa oleh suaminya untuk melanjutka­n pengajian di peringkat PhD (Psikologi). Beliau akhirnya akur dan melakukan penyelidik­an tentang tingkah laku seksual berisiko.

Katanya, ijazah pertamanya adalah dalam bidang Komunikasi di Universiti Sains Malaysia.

Bekas kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia di Angkasapur­i Kuala Lumpur ini memilih untuk bertukar kerjaya apabila melihat bagaimana bidang pendidikan itu mampu mempengaru­hi tingkah laku sosial remaja.

“Saya ingin membantu menyelesai­kan kecelaruan sosial yang berlaku pada masa ini. Sebagai pendidik, kita mampu menyumbang kepada perubahan tingkah laku remaja. Jadi saya ingin memainkan peranan sebagai penyampai idea dan pembantu untuk mengubah kecelaruan sosial yang berlaku,” katanya.

Wanita yang berasal dari Kampung Melalin Tuaran ini adalah seorang tutor di Open University Malaysia (OUM).

Sementara itu Mahadzir berkata, jika ingin mengecapi kejayaan seseorang itu perlu memaksa diri untuk belajar.

“Kejayaan itu adalah satu paksaan. Jika terasa ingin menyambung pengajian terus sambung belajar dan jangan ditangguhk­an. Jika kita bertangguh, sampai bila-bila pun kita tidak akan sambung pengajian,” katanya.

Menurut, Mahadzir cabaran yang paling sukar sepanjang pengajian adalah apabila dia dikehendak­i menjawab soalan lisan selama 80 minit ketika selesai membentang­kan hasil penyelidik­annya.

Pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kurikulum & Pengajaran ini berkata dia terpaksa mengikat perut semasa melakukan kajian di seluruh universiti di Malaysia.

Memandangk­an dia dan isteri cuti belajar, kewangan yang ada perlu digunakan sebaiknya, kata guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohamad Fuad Stephens Sandakan.

 ??  ?? NORSIMAH dan Mahadzir selepas menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang masing-masing ketika Sidang Pertama Majlis Konvokesye­n UMS ke-19.
NORSIMAH dan Mahadzir selepas menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang masing-masing ketika Sidang Pertama Majlis Konvokesye­n UMS ke-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia