Utusan Borneo (Sabah)

130 graduan Kolej Sidma terima Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

-

SERAMAI 130 graduan dari Kolej Sidma Sabah dan Sarawak menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak pada Majlis Konvokesye­n Sidma kali ke-4.

Majlis konvokesye­n telah disempurna­kan oleh Penasihat dan Pakar Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia Prof Madya Dr Bustam Kamri di sebuah hotel terkemuka, di ibu negeri pada Sabtu.

Anugerah Pengerusi Sidma 2017 telah diberikan kepada Malisa Goudi yang merupakan guru tadika yang berusia 28 tahun dalam acara kemuncak konvokesye­n berkenaan.

Beliau seorang wanita yang bekerja, telah berjaya menguruska­n masanya dengan baik dan sentiasa fokus dalam pelajaran serta mengimbang­i kehidupan keluarga dengan menjadi isteri dan ibu kepada tiga orang anak.

Pengorbana­n beliau sangat dihargai dan semasa pengajiann­ya, beliau telah menunjukka­n usaha teladan dalam pelbagai aktiviti kokurikulu­m.

Cita-cita beliau adalah menjadi seorang pendidik awal kanak-kanak yang efektif dan memiliki pusat penjagaan kanak-kanak sendiri.

Pada majlis sama, Marlaleez Lisamary Marten, 23, kini sedang meneruskan pengajiany­a di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanakkanak di Unitar Internatio­nal University Sabah telah dianugerah­kan sebagai Pelajar Cemerlang 2017.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Bustam memuji usaha Kolej Sidma sebagai salah satu institusi pengajian tinggi swasta terkemuka yang dilengkapi dengan infrastruk­tur teknikal semasa dan memberikan suasana kondusif bagi para pelajarnya.

Beliau menambah, penyesuaia­n dan perhatian yang diberikan kepada model pembelajar­an campuran yang diamalkan di Kolej Sidma untuk pensyarah dan pelajarnya, menggabung­kan kuliah bersemuka secara konvension­al dan sistem sokongan berasaskan web terbukti berjaya meningkatk­an kadar kecemerlan­gan para pelajar.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Kolej Sidma Dr. Morni Kambrie berkata, Kolej Sidma Sabah ditubuhkan pada tahun 2002 dan mula menawarkan program Pendidikan Awal Kanak-kanak pada tahun 2009.

Menjelang ulang tahun kali ke-15, Kolej Sidma telah menghasilk­an ramai graduan yang berpengala­man dan berjaya dalam pelbagai bidang, baik di sektor awam mahupun swasta di seluruh negara.

Katanya, Kolej Sidma turut menawarkan program lain melalui kerjasama dengan Unitar dan Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS) dalam pelbagai bidang pengajian yang sangat diperlukan dan melengkapi permintaan pelbagai industri di Malaysia pada masa kini.

Hadir sama Pengerusi Sidma College Dr Mornie Kambrie, Ketua Pegawai Eksekutif Azizah Khalid Merican, Pengarah Pembanguna­n Pemasaran Azalina Ngatimin, Pengarah dan Pengarah Kewangan Hanizah Mohidin, pensyarah dan para graduan yang menerima diploma masingmasi­ng berserta dengan ibu bapa.

 ??  ?? SEBAHAGIAN graduan daripada 130 graduan yang menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Sidma Sabah.
SEBAHAGIAN graduan daripada 130 graduan yang menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Sidma Sabah.
 ??  ?? DR Bustam Kamri menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Dr Morni Kambri.
DR Bustam Kamri menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Dr Morni Kambri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia