Utusan Borneo (Sabah)

Suspek kes samun wartawan diburu polis

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PENAMPANG: Tiga suspek kes samun melibatkan wartawan The New Straits Times (NST) Sabah Kristy Inus kini dalam buruan polis.

Mangsa yang juga Staf Koresponde­n NST Sabah disamun selepas keluar dari pejabatnya kira-kira jam 7.30 malam pada Sabtu di Tropicana Commercial Centre Jalan Pintas di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Rosley Hobden berkata, pihaknya melancarka­n gerakan memburu kesemua suspek selepas mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini malam Sabtu.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian menunjukka­n kesemua suspek adalah lelaki.

“Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan usaha mengesan suspek akan diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Sementara itu, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan ketika ditemui pada Ahad berkata, sebelum kejadian beliau sedang menyimpan barang di bahagian belakang keretanya.

Tiba-tiba seorang lelaki datang menghampir­i dari arah kiri dan cuba merampas beg di tangannya sambil mengacukan sesuatu di belakangny­a.

Kristy berkata, suspek sempat mengugut akan mencederak­annya dengan senjata tajam.

Risau berlaku sesuatu yang membahayak­an dirinya, mangsa melepaskan beg tangannya dan berundur ke belakang sebelum kesemua suspek melarikan diri.

Mangsa kehilangan sejumlah wang tunai, kad pengenalan diri, lesen memandu, kad kredit dan kad debit Maybank, serta dua telefon pintar jenama Huawei dan Samsung.

Beliau sempat menjerit meminta tolong bagaimanap­un tiada orang di sekitar kawasan yang menyedari kejadian itu.

Selepas kesemua suspek melarikan diri, beliau segera memberitah­u rakan sekerja yang masih berada di dalam pejabat dan terus menghubung­i polis.

 ??  ?? KRISTY
KRISTY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia