Utusan Borneo (Sabah)

DUA MAUT KEMALANGAN

Dalam dua kejadian berasingan

- Oleh YUSOP TEPPO & SALMAN ABADI

SANDAKAN: Dua maut manakala dua lagi mangsa cedera dalam dua kejadian kemalangan berasingan pada Sabtu dan Ahad.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki maut akibat tersepit dalam kenderaan setelah terbabit nahas melibatkan dua kenderaan yang bertembung di Jalan Sandakan, Kampung Batu Putih, malam Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan Anddre Andrew berkata mangsa yang maut belum dikenalpas­ti, disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans sebaik dikeluarka­n oleh pasukan bomba.

Bagaimanap­un katanya, seorang lagi mangsa dikenali sebagai Mohd Muntir Mohayang, 39, mengalami cedera ringan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.27 malam melalui talian MERS 999.

“Kita kemudian mengarahka­n pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatang­an bergegas ke lokasi kejadian sejauh 36 kilometer, menggunaka­n sebuah jentera diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Asmori Dahhairsya­h bersama lima anggota,” katanya.

Anddre berkata kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Perodua Kancil dan Toyota Hilux di mana dua mangsa terlibat.

“Seorang mangsa lelaki dikeluarka­n oleh orang awam dan dihantar ke hospital menggunaka­n ambulans.

“Manakala seorang lagi mangsa tersepit dikeluarka­n pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans, seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan iaitu Proton Saga dan Isuzu D-Max di Kilometer 15 Jalan Telupid/Beluran kira-kira jam 5.40 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah (KPD) Beluran Supt Shivananth­an A/ L R Velauthan berkata mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Saga, Basrun Datu Adam, 40, beralamat di Kampung Lidong Beluran.

Menurutnya,pemanduIsu­zu D-Max, seorang lelaki berusia 25tahunber­alamatdiKa­mpung Kitapol Tamparuli.

Siasatan mendapati pemandu Isuzu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan ketika sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Proton Saga dari arah Sandakan menuju ke Telupid telah masuk ke laluannya, lalu kedua-duanya bertembung.

“Akibat pertembung­an itu, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

“Pemandu kereta Proton Saga cedera parah dan dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid namun meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, pemandu Isuzu D-Max hanya mengalami cedera ringan dan kemalangan berlaku dalam keadaan cuaca terang serta jalan selekoh di lokasi kejadian.

Shivananth­an berkata, kedua-dua pemandu tidak disyaki mabuk namun sampel darah diambil untuk tujuan analisis di Jabatan Kimia dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Anddre berkata, pihaknya menerima panggilan kemalangan itu pada jam 5.46 pagi dan tiba di lokasi 6.50 pagi.

Menurutnya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 16 minit untuk operasi mengeluark­an mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, sambil dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Telupid.

Katanya, anggota bomba terpaksa memotong menggunaka­n peralatan khas pada bahagian tepi kereta Proton Saga yang remuk teruk untuk mengeluark­an mangsa kemalangan itu.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan Isuzu D-Max dan Proton Saga yang bertembung dalam kemalangan itu di kawasan selekoh dan garisan berkembar di Kilometer 15 Jalan Telupid/Beluran.
KEADAAN kenderaan Isuzu D-Max dan Proton Saga yang bertembung dalam kemalangan itu di kawasan selekoh dan garisan berkembar di Kilometer 15 Jalan Telupid/Beluran.
 ??  ?? ANGGOTA Bomba Kinabatang­an dan APM Telupid bertungkus­lumus mengeluark­an mangsa yang tersepit pada Proton Saga yang remuk di bahagian hadapan akibat pertembung­an itu.
ANGGOTA Bomba Kinabatang­an dan APM Telupid bertungkus­lumus mengeluark­an mangsa yang tersepit pada Proton Saga yang remuk di bahagian hadapan akibat pertembung­an itu.
 ??  ?? KEADAAN kenderaan Perodua Kancil dan Toyota Hilux yang bertembung dalam kejadian di Jalan Sandakan, Kampung Batu Putih.
KEADAAN kenderaan Perodua Kancil dan Toyota Hilux yang bertembung dalam kejadian di Jalan Sandakan, Kampung Batu Putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia