Utusan Borneo (Sabah)

Pejalan kaki maut akibat langgar lari

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki maut dalam kemalangan dipercayai langgar lari di Jalan Tuaran berhampira­n bulatan Bandar Sierra di sini.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 2 pagi dan mangsa yang berumur lingkungan 30an dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, satu plat nombor pendaftara­n kenderaan dipercayai kereta jenis Proton Preve turut ditemukan di lokasi kejadian.

Pihaknya percaya plat nombor pendaftara­n kereta itu milik suspek yang melanggar mangsa.

Selain itu jelasnya, mangsa turut disyaki berada dalam keadaan mabuk, bagaimanap­un sampel darah diambil untuk ujian toksikolog­i.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa ketika melintas jalan hingga menyebabka­n kematian.

“Pemilik kenderaan yang langgar lari juga tidak bertanggun­gjawab dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai yang tahu atau menyaksika­n kejadian berkenaan supaya tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pihak yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai polis yang berhampira­n atau menghubung­i Pegawai Penyiasat Insp Chong Chee Wah di talian 0163032030.

 ??  ?? MANGSA dilaporkan meninggald­uniaditemp­at kejadian akibat kejadian langgar lari terbabit.
MANGSA dilaporkan meninggald­uniaditemp­at kejadian akibat kejadian langgar lari terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia