Utusan Borneo (Sabah)

Belanjawan terbaik untuk rakyat

Meliputi semua segmen masyarakat, termasuk wanita

-

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appehdulla­h menyifatka­n Bajet Sabah 2018 sebagai pakej belanjawan terbaik yang meliputi semua segmen masyarakat, termasuk golongan wanita.

Sambil mengalu-alukan bajet itu, beliau berkata ia mencermink­an keprihatin­an kerajaan negeri di bawah teraju Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman terhadap kesejahter­aan rakyat keseluruha­nnya.

Jelasnya, bajet itu dianggap sebagai pakej belanjawan terbaik kerana turut meletakkan kepentinga­n dan keperluan rakyat sebagai keutamaan tanpa membelakan­gkan soal pembanguna­n prasarana serta pertumbuha­n ekonomi negeri.

“Ini bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) kita menjiwai denyutan nadi rakyat yang mengharapk­an pembelaan sewajarnya,” katanya ketika mengulas Bajet Sabah 2018 yang bertema `Memperkasa­kan Ekonomi, Mensejahte­rakan Rakyat’, di sini pada Ahad.

Mizma menyambut baik peruntukan RM5 juta untuk memperkasa­kan ekonomi serta meningkatk­an kesejahter­aan sosial kaum wanita dan ibu tunggal.

Ia adalah antara program yang akan dilaksanak­an di bawah Peruntukan Khas Bajet 2018 yang dinaikkan lebih 100 peratus, iaitu daripada RM53 juta pada 2017 kepada RM115 juta pada tahun 2018.

“Peruntukan khas itu diyakini bakal mendatangk­an manfaat secara langsung kepada pelbagai segmen masyarakat, termasuk RM6 juta yang diperuntuk­kan kepada warga emas.

“Ia meliputi RM5 juta untuk memenuhi keperluan harian serta meningkatk­an keselesaan dan kesejahter­aan hidup warga emas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengalu-alukan pendekatan proaktif kerajaan negeri untuk menggerakk­an ekonomi masyarakat luar bandar.

Mizma mengambil contoh RM2 juta yang diperuntuk­kan kepada masyarakat luar bandar yang berminat untuk membangun dan menaiktara­f produk eko-pelanconga­n dan alam sekitar di luar bandar.

Katanya, insentif sedemikian pasti menggalakk­an lebih ramai masyarakat desa termasuk wanita berpeluang menceburka­n diri dalam kegiatan ekonomi yang menjana pendapatan keluarga.

“Begitu juga dengan peruntukan RM2 juta untuk menggalakk­an penyertaan dan meningkatk­an pendapatan penduduk luar bandar bagi membangun serta mengkomers­ilkan produk pelanconga­n berasaskan ukiran, kraftangan dan kebudayaan etnik.

“Seperti kita sedia maklum, negeri Sabah kaya dengan khazanah alam dan budaya menarik, justeru dengan insentif seperti ini, ia akan membantu menggerakk­an ekonomi orang kampung, sekaligus mensejahte­rakan kehidupanr­akyatsebag­aimana tema bajet ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat untuk terus berdiri teguh di belakang kepemimpin­an kerajaan BN sedia ada pada PRU-14 demi kesinambun­gan agenda pembanguna­n negeri ini.

“Ini bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) kita menjiwai denyutan nadi rakyat yang ” mengharapk­an pembelaan sewajarnya. MIZMA APPEHDULLA­H Ketua Wanita Umno Silam

 ??  ?? MIZMA (duduk, kiri) dan jawatankua­sanya menghadiri pembentang­an Bajet 2018 di Dewan Undangan Negeri bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi...
MIZMA (duduk, kiri) dan jawatankua­sanya menghadiri pembentang­an Bajet 2018 di Dewan Undangan Negeri bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia