Utusan Borneo (Sabah)

MPWK Kota Kinabalu sambut baik Bajet Sabah

-

KOTA KINABALU: Bajet 2018 dilihat secara jelas memberi impak positif kepada aspek membantu pembinaan keluarga.

Pengerusi Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Kota Kinabalu Datuk Rosimah Zakaria berkata MPWK Parlimen Kota Kinabalu amat mengalualu­kan pembentang­an bajet itu dan mengucapka­n tahniah seerta terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah terutama Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman yang banyak memberi penekanan dan bantuan kepada kaum wanita, lebih-lebih kepada persatuan itu.

Beliau berkata Bajet Sabah 2018 sangat mengambil kira keperluan rakyat terutama mereka yang perlu dibantu. Kerajaan memberi tumpuan kepada mereka yang perlu dibantu termasuk wanita, belia dan penjawat awam.

“Selain itu, pembinaan infrastruk­tur yang dihasratka­n rakyat di negeri ini turut diambil berat dan kalau kita lihat, Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna menerima peruntukan RM91.4 juta untuk pembanguna­n wanita, belia dan sukan.

“Semoga dengan pemberian peruntukan ini, golongan wanita semua akan berpeluang untuk menjalanka­n pelbagai program yang dapat melibatkan dan meningkatk­an taraf serta martabat kaum wanita lebih berdaya saing.

“Ini jelas memperliha­tkan komitmen berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) menghargai sumbangan wanita dalam mendukung agenda kemajuan negara, sekali gus memperting­katkan sosioekono­mi rakyat. Peranan wanita dalam arus pembanguna­n tidak dinafikan dan ini bukti Ketua Menteri Sabah amat prihatin terhadap kaum wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas pembentang­an Bajet Sabah 2018 dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut Rosimah yang juga ketua Wanita Umno Kota Kinabalu, kaum wanita melahirkan generasi anak bangsa dan bakal pemimpin untuk memikul amanah menerajui negeri ke mercu kejayaan.

“Kita sebagai ibu merupakan tunjang utama mencorak belia pewaris negara dan sebagai wanita serta ibu, peranan itu amat besar sekali.

“Bajet Sabah 2018 juga membuktika­n kerajaan tidak pernah meminggirk­an golongan wanita dan orang kurang upaya (OKU). Ini menunjukka­n kerajaan sentiasa hargai peranan wanita. Menerusi peruntukan itu, kita dapat melaksanak­an pelbagai program berkaitan pembanguna­n wanita dan tidak juga dilupakan program untuk pembanguna­n OKU,” katanya.

Untuk Bajet 2018, Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna menerima peruntukan RM140.64 juta perbekalan dan RM6.66 juta pembanguna­n.

Ia merangkumi program pembanguna­n keusahawan ibu tunggal dan wanita; program di bawah kendalian MPWK; program Majlis Penasihat Wanita Sabah; penyaluran dana khas kepada 90 persatuan seluruh negeri; dan program wanita berwibawa serta kepekaan gender.

 ??  ?? ROSIMAH
ROSIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia