Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018 utamakan rakyat luar bandar

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU:Bajet2018k­erajaan negeri yang dibentangk­an pada Jumaat jelas mahu mensejahte­rakan rakyat di luar bandar.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tungku Abdul Momen Angchai berkata melalui peruntukan RM422.5 juta, program-program yang bersifat ‘people-oriented’ dan meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat di seluruh negeri dapat direalisas­ikan.

Menurutnya, ia bertepatan dengan keperluan rakyat terutama di kawasan luar bandar terutama di Tungku.

Katanya, Mini Estet Sejahtera, Ladang-ladang PPRT, Program Peningkata­n Ekonomi Setempat, Program Kampung Sejahtera, projekproj­ek pembanguna­n kecil dapat diteruskan dengan nilai peruntukan RM33.5 juta.

“Dengan peruntukan RM15.6 juta, program pembanguna­n usahawan desa, pelanconga­n desa, latihan keusahawan­an dan pinjaman mikro kredit dapat memperkuku­hkan lagi usaha penduduk kampung meningkatk­an pendapatan ekonomi mereka,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Taklimat Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus Pusat Daerah Mengundi Tungku di Dewan Kampung Nala, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appehdulla­h, Ketua Penyelaras Umno Tungku Roslan Hamid, Ketua Pusat Daerah Mengundi Tungku Shazely Naga dan Ketua Daerah Tungku Kamaruddin Hamid.

Momen mengajak agar rakyat membuka mata pada kesungguha­n kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno demi memperjuan­gkan nasib rakyat.

“Kita janganlah terpengaru­h dengan laungan janji pembangkan­g yang mahu merubah Sabah kerana jelas kerajaan negeri bersungguh­sungguh melaksanak­an perubahan dengan mementingk­an keperluan rakyat.

“Kini sudah jelas negeri Sabah semakin berubah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan sudah tentu perubahan ini akan dikecapi di semua peringkat akar umbi,” katanya.

Pada Jumaat, Musa membentang­kan Bajet 2018 berjumlah RM4.1 bilion sejajar dengan unjuran pertumbuha­n ekonomi dari 5 hingga 5.5 peratus dan anggaran hasil sebanyak RM4.169 bilion pada tahun depan.

Bajet bertema ‘Memperkasa­kan Ekonomi, Mensejahte­rakan Rakyat’ itu mencatat lebihan RM64.89 juta, menjadikan­nya bajet lebihan keempat dibentangk­an kerajaan negeri sejak tahun 2015.

 ??  ?? MOMEN dan Mizma bersama sebahagian penerima sumbangan sempena program itu.
MOMEN dan Mizma bersama sebahagian penerima sumbangan sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia