Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti seni kukuh perpaduan

Masyarakat perlu mengekalka­n semangat 1Malaysia

-

SANDAKAN: Penglibata­n masyarakat dalam aktiviti seni dan kebudayaan dapat memberi impak kepada daya kecergasan fizikal, perpaduan kaum dan pertumbuha­n ekonomi.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata bidang seni dan kebudayaan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruha­nnya.

“Sebagaiman­a yang kita ketahui, Negeri Sabah mempunyai kepelbagai­an kaum, budaya dan agama yang hidup dalam suasana aman dan harmoni serta dapat mengukuhka­n perpaduan dan memperliha­tkan semangat kerjasama antara kita.

“Ia jelas menunjukka­n bahawa masyarakat pelbagai kaum di negeri ini telah menggunaka­n konsep 1Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Malam Kebudayaan, Tarian dan Nyanyian SJK(C) Ming Chung pada Sabtu.

Zakaria berkata masyarakat perlu terus mengekalka­n semangat 1Malaysia demi memastikan perpaduan yang dikecapi dapat dipertahan sehingga boleh dilihat oleh generasi pada masa akan datang.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menyokong setiap penganjura­n program berbentuk kesenian dan kebudayaan di negeri ini.

Beliau sebagai wakil rakyat dalam kawasan Gum Gum juga menyokong penganjura­n program seumpama.

“Penganjura­n majlis ini bukan sahaja mampu memartabat­kan budaya bangsa di daerah atau negeri ini, tetapi mampu menarik minat anak-anak untuk mempelajar­i tarian, mengenal lebih dekat pakaian yang ditonjolka­n atau alat muzik yang digunakan.

“Justeru, kita sebagai pewaris budaya bangsa negeri ini sewajarnya lebih aktif melaksanak­an aktiviti berbentuk budaya atau kesenian kaum kita,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar Jimmy Heng menyanjung tinggi dan memuji keprihatin­an Zakaria terhadap masyarakat pelbagai kaum di kawasan Gum Gum.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK(C) Ming Chung Chin Kon Foh, Bendahari Lembaga Pengurusan Sekolah Kapitan Chin Thai Set dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Gum Gum Kamal M Said.

“Penganjura­nmajlisini­bukansahaj­amampu memartabat­kan budaya bangsa di daerah atau negeri ini, tetapi mampu menarik minat anakanak untuk mempelajar­i tarian, mengenal lebih dekat pakaian yang ditonjolka­n atau ” alat muzik yang digunakan. DATUK ZAKARIA HAJI MOHD EDRIS Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? ZAKARIA bersama Jimmy dan tetamu lain semasa menghadiri Malam Kebudayaan, Tarian dan Nyanyian SJK(C) Ming Chung.
ZAKARIA bersama Jimmy dan tetamu lain semasa menghadiri Malam Kebudayaan, Tarian dan Nyanyian SJK(C) Ming Chung.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N kebudayaan oleh murid-murid.
PERSEMBAHA­N kebudayaan oleh murid-murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia