Utusan Borneo (Sabah)

Festival Muzik dan Pameran EkoPelanco­ngan Tambunan 25 November

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Festival Muzik dan Pameran EkoPelanco­ngan Tambunan Sempena Tahun Melawat Tambunan 2017 akan diadakan di Pisompurua­n Square di sini pada 25 November ini.

Pegawai Daerah Thomas Logijin (gambar) berkata program berkonsepk­an pameran pelanconga­n dan produk tempatan itu akan berlangsun­g pada waktu siang manakala Festival Muzik akan dilangsung­kan pada sebelah malam.

Menurut beliau majlis itu diadakan atas keputusan bersama pada mesyuarat jawatankua­sa penganjur di sini baru-baru ini yang turut dihadiri oleh ketuaketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n termasuk pemimpin masyarakat.

Beliau yang juga pengerusi penganjur berkata, acara akan bermula pada jam 8 pagi yang dijangka akan disempurna­kanolehTim­balan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

“Pelbagai acara menarik akan diadakan termasukla­h acaraperas­mian,persembaha­n nyanyian artis tempatan dan luar, persembaha­n tarian kreatif, persembaha­n muzik gong dan tarian tradisi, persembaha­n alat muzik tradisiona­l seperti angklung, sompoton, togunggak, somporing, sape dan persembaha­n stompers,” katanya.

Thomas berkata, pengisian acara pentas akan bermula jam 6 petang dengan menampilka­n pengacara Abu Bakar Ellah @Ampal yang akan mengendali­kan acara pentas dengan persembaha­n beberapa artis tempatan dan luar.

Antaranya Rosario Bianis, Francis Landong, Esther Appolloniu­s, Elica Paujin, George Lian, Jestie Alexius, Ivy Elexandra, Justin Lusah, Janrywine J Lusin, dan ramai lagi artis yang berasal dari Tambunan.

Selain itu, persembaha­n somporing (saksofon bambu) daripada Philipus Jani, lawak jenaka daripada kumpulan Bili-bili Do dan persembaha­n kebudayaan.

“Pengisian program yang lain adalah pameran pelanconga­n 15 tempat menarikdid­aerahini,pameran penginapan inap desa dan hotel yang terdapat di daerah ini serta pameran TamanTaman Sabah, Muzium Negeri Sabah, Jabatan Perhutanan dan Lembaga Pelanconga­n Sabah, pameran gambar lama, persatuan pelanconga­n Tambunan, agensi pelanconga­n luar daerah dan kraftangan.

“Turut diadakan jualan produk tempatan daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) daerah ini seperti kraftangan bambu, rotan, parang, kraf manik, baju tradisi, makanan dan minuman tradisi, produk pertanian, produk herba dan kecantikan,” katanya.

Thomas berkata semua pameran itu akan diadakan bermula pada 24 November.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia