Utusan Borneo (Sabah)

Alumni UIAM giat bantu golongan mualaf

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Cawangan Sabah giat membantu golongan mualaf seluruh negeri.

Presiden Alumni UIAM Cawangan Sabah Hasbi Tangge berkata melalui aktiviti yang dijalankan, persatuan itu berusaha mengumpulk­an sendiri dana sebagai inisiatif membantu golongan mualaf yang memerlukan.

Pihaknya mengumpulk­an dana dari kalangan alumni dan melalui usaha itu, mereka berjaya mendirikan sebuah masjid di Kampung Dalit Sook untuk golongan mualaf di sana.

“Selepas siap masjid ini pada awal 2016, kita mencari ustaz untuk mengajar anakanak di sana mengaji dan belajar asas agama.

“Pada masa sama, kita berurusan dengan pihak berwajib untuk membantu mereka sebaik mungkin,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Reunion Alumni UIAM Sabah di sini pada Sabtu.

Beliau berkata selepas setahun kejayaan itu, kerajaan telah mengambil alih bangunan berkenaan.

Menurutnya usaha itu akan diteruskan bagi membantu kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) membela masyarakat di luar sana.

Katanya usaha itu dilihat baik kerana membantu pihak kerajaan dan NGO sebagai pemangkin dalam pembelaan golongan yang memerlukan.

Ia kerana, tidak semua kawasan dapat dilihat oleh kerajaan dan NGO untuk membantu golongan mualaf.

“Dengan terdapatny­a kirakira 1,200 alumni UIAM yang bekerja di seluruh negeri ini, mampu mengenal pasti golongan berkenaan,” katanya sambil menambah, usaha seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Turut hadir ialah Pengarah Biro Tatanegara Cawangan Sabah Datuk Armizan Mohd Ali.

Majlis berkenaan turut menyaksika­n pelancaran tabung dana Alumni UIAM Cawangan Sabah.

 ??  ?? HASBI (dua kanan) memasukkan wang ke dalam tabung dana Alumni UIAM Sabah sebagai simbolik pelancaran.
HASBI (dua kanan) memasukkan wang ke dalam tabung dana Alumni UIAM Sabah sebagai simbolik pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia