Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan perlu jaga kualiti produk

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pengusaha produk kecantikan perlu menjaga kualiti barangan masing-masing dan tidak terlalu mementingk­an keuntungan semata-mata.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, usahawan yang ikhlas dan tidak mengambil kesempatan terhadap kepercayaa­n pelanggan sahaja yang akan berjaya dalam perniagaan­nya.

“Setiap usahawan perlu bersaing secara sihat, mencari kekuatan produk atau perniagaan agar mampu maju. Gunakan sepenuhnya media sosial (tujuan kebaikan) bagi memasarkan produk yang baik dan bermanfaat.

“Selain itu, sentiasala­h mencari ruang dan peluang untuk memajukan perniagaan, berusaha gigih serta sentiasa meningkatk­an kemahiran atau nilai tambah terhadap produk dan perkhidmat­an,” katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi Faith Wellness 2017, di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan bahawa bidang perniagaan adalah lubuk untuk memperoleh pendapatan lumayan sehingga bergelar jutawan.

Bagaimanap­un, usahawan perlu mengetahui cara yang betul dalam berniaga serta sabar berdepan pelbagai risiko dan cabaran untuk mendapat hasil.

“Kerajaan juga sentiasa memberi galakan kepada orang ramai agar menceburi bidang perniagaan, sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerjaan makan gaji sahaja.

“Justeru, kita mahu mengubah pemikiran rakyat khususnya generasi muda agar mentransfo­rmasi diri menjadi seorang yang mencari pekerjaan kepada seorang yang mencipta pekerjaan,” katanya.

Jainab berkata, kerajaan juga sentiasa meningkatk­an keterlibat­an generasi muda dengan menumpukan kepada empat komponen iaitu pendidikan, kemahiran, kepimpinan dan keusahawan­an.

Langkah itu wajar dilaksanak­an memandangk­an keadaan ekonomi pada masa kini yang tidak menentu selain dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam kalangan generasi muda.

“Apatah lagi pada usia muda, mereka mempunyai banyak idea segar dan tenaga untuk membangunk­an empayar perniagaan yang hebat pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, majlis itu turut meraikan pelumba basikal termasuk penyampaia­n anugerah pelanggan harapan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengusaha Faith Wellness Centre Lissa Jack.

 ??  ?? JAINAB sempat melawat gerai pameran sempena Malam Apresiasi Faith Wellness 2017.
JAINAB sempat melawat gerai pameran sempena Malam Apresiasi Faith Wellness 2017.
 ??  ?? LISSA (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jainab.
LISSA (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jainab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia