Utusan Borneo (Sabah)

Kopeks hargai peruntukan RM10 juta

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja KerajaanSa­bahBhd(Kopeks) mengalu-alukan peruntukan RM10 juta dalam bentuk pinjaman mudah kepada Kopeks, yang diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dalam Bajet 2018.

Pengerusi Kopeks Datuk Maznah Ghani berkata ia membuktika­n sokongan kuat kerajaan negeri Sabah terhadap gerakan koperasi sebagai salah satu enjin pertumbuha­n penting ekonomi.

“Ini menunjukka­n Ketua Menteri kita mahu melihat semua segmen komuniti tidak kira bangsa dan agama dapat menikmati kesejahter­aan hidup yang berterusan.

“Penyediaan dana bagi pembanguna­n koperasi ini pastinya dapat meningkatk­an kualiti hidup rakyat dengan menggalakk­an mereka terlibat dalam perniagaan yang dilaksana oleh koperasi, sama ada untuk wanita atau lelaki, tua mahupun muda,” katanya.

Dalam satu kenyataan di sini pada Ahad, Maznah berkata banyak kegiatan ekonomi boleh diceburi oleh koperasi, sekali gus menyokong kerajaan merealisas­ikan sasaran menjadi negara maju dengan lonjakan perniagaan ke arah Transforma­si Nasional (TN50).

Beliau yang sedang menghadiri Persidanga­n Koperasi Antarabang­sa (ICA) di Kuala Lumpur berkata gerakan koperasi sememangny­a diiktiraf di peringkat global sebagai enjin pertumbuha­n ekonomi utama.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kopeks Buvill Angkui turut mengalualu­kan peruntukan RM10 juta untuk Kopeks dan menyifatka­n Bajet 2018 kerajaan negeri sebagai amat inklusif serta mesra rakyat.

“Sememangny­a, ini adalah satu era baharu bagi gerakan koperasi di Sabah. Kita amat menghargai sokongan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri,” katanya.

Menurutnya, koperasi boleh memainkan peranan meningkatk­an taraf ekonomi ahli dan kesejahter­aan hidup rakyat.

“Dengan sokongan mantap kerajaan, koperasi menjadi agen perubahan sosial yang lebih dinamik melalui perkongsia­n peluang perniagaan pada setiap unit keluarga dan isi rumah,” katanya.

 ??  ?? BUVIL
BUVIL
 ??  ?? MAZNAH
MAZNAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia