Utusan Borneo (Sabah)

Tunjang kekuatan parti

Pemuda PBS perlu bekerja lebih keras

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG:Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) disarankan bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan jentera pilihan raya di peringkat akar umbi kukuh.

Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun berkata, Pemuda dan beliawanis adalah aset kepada PBS selain menjadi pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang.

“Mencintai bukanlah tentang memberikan yang terbaik dalam kelebihan, tetapi memberikan yang terbaik dalam kekurangan.

“Bagi rakan seperjuang­an saya, bertambah tua bukanlah bererti kehilangan masa muda tetapi memasuki tahap baharu dari berbagai kesempatan dan kekuatan,” katanya ketika berucap pada Persidanga­n Perwakilan Tahunan PBS ke-32, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, Pemuda adalah tunjang kekuatan kepada PBS dan perlu bekerja keras demi memastikan masa depan parti yang lebih baik.

Katanya, menjelang pilihan raya akan datang, semua ahli PBS mempunyai peranan dan tanggungja­wab berat masing-masing.

“Jangan tanya apa parti boleh buat untuk anda, sebaliknya tanya pada diri apa anda boleh buat untuk parti dan rakyat Sabah.

“Seperti biasa, apabila pilihan raya semakin hampir, kita selalu mendengar ada sahaja yang ingin keluar parti,” katanya.

Menurut Mositun, terdapat propaganda dimainkan dalam media sosial yang lebih daripada realiti dunia sebenar.

Katanya, tidak dinafikan wujudnya golongan oportunis yang ingin bertanding menjadi calon.

“Apabila peluang mereka menjadi calon kelihatan kabur, mereka telah memilih untuk bermain psikologi dengan keluar dari parti.

“Biasanya, mereka ini akan bermain dengan statistik kononnya ramai yang mengikut mereka selain mendakwa bahagian dan cawangan juga ditutup,” katanya.

Mositun tidak menafikan perkara itu pernah berlaku sebelum dan selepas pilihan raya berdasarka­n sejarah parti itu.

Katanya, hanya pejuang rakyat sahaja bertahan lama sebab perjuangan yang dibawa mereka ikhlas untuk rakyat dan bukan demi diri sendiri.

“Kita seharusnya bersyukur kerana adanya teknologi WhatsApp sebagai saluran untuk menyebarka­n maklumat.

“Bukan itu sahaja, kita juga boleh melihat individu yang menyebarka­n maklumat setakat ‘itu-itu sahaja’ dan dikongsika­n sana sini seperti kitar semula,” katanya.

Hadir sama ialah Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan barisan pemimpin PBS yang lain.

“Mencintai bukanlah tentang memberikan yang terbaik dalam kelebihan, tetapi memberikan yang terbaik dalam kekurangan. Bagi rakan seperjuang­an saya, bertambah tua bukanlah bererti kehilangan masa muda tetapi memasuki ” tahap baharu dari berbagai kesempatan dan kekuatan.

DATUK JOHNNY MOSITUN Setiausaha Agung PBS

 ??  ?? JOHNNY (kiri), Pairin (dua kiri) serta barisan pemimpin PBS yang lain melaungkan slogan ‘bersatu’ pada persidanga­n itu.
JOHNNY (kiri), Pairin (dua kiri) serta barisan pemimpin PBS yang lain melaungkan slogan ‘bersatu’ pada persidanga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia