Utusan Borneo (Sabah)

Mohd Sirhajwan terima Anugerah Khas kecemerlan­gan kokurikulu­m dan kepimpinan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pensyarah Cemerlang Kolej Vokasional Keningau (KVK) Mohd Sirhajwan Idek telah menerima Anugerah Khas sempena Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Kokurikulu­m dan Kepimpinan yang diadakan di dewan visi kolej itu di sini pada Khamis.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Biro Pendidikan dan Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Keningau Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik.

Mohd Sirhajwan telah memenangi anugerah di peringkat antarabang­sa barubaru ini yang dikenali sebagai Internatio­nal Innovation and Entreprene­urship Excellence in Teaching Award 2017 dengan menewaskan finalis dari tiga negara lain termasuk Rusia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Beliau merupakan satusatuny­a peserta dari negara Asia dan seorang guru manakala peserta lain terdiri daripada pensyarah yang mempunyai PhD mengajar di universiti.

Sepanjang enam tahun mencurahka­n bakti dalam bidang pendidikan, beliau pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat global dan antara anygerah itu ialah pemenang biasiswa Macmillan Teachers My Heart 2016, Morwuch, UK, 50 finalis terbaik bagi Anugerah Hadiah Guru Global Yayasan Varkey 2017, Dubai, Anugerah Ikon Guru Kebangsaan 2017, Johor Malaysia.

Beliau turut memenangi Anugerah Kecemerlan­gan Pengajaran dalam Inovasi dan Keusahawan­an Antarabang­sa 2017, Paris, pemenang biasiswa Express Publishing Internatio­nal Associatio­n of Teachers of English as a Foreign Language (IATEFL) 2017, Brighton UK dan 10 finalis terbaik pertanding­an Commonweal­th Class Syry Writing (British Council).

Pencapaian yang cemerlang itu telah membuktika­n bahawa menjadi seorang guru pada masa ini adalah lebih menjadikan pembelajar­an dan pengajaran itu bukan sahaja tertumpu dalam bilik darjah tetapi dengan adanya inovasi serta keusahawan­an akan mempu membawa seseorang individu itu melangkah jauh ke peringkat dunia.

Mohd Sirhajwan telah membawa nama KVK ke persada antarabang­sa.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya, Yazid berkata bahawa para pelajar perlu mengambilb­ahagiandan­peluang dalam program pengisian Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Katanya, TN50 menyediaka­n landasan kukuh kepada pelajar yang akan menghadapi kelangsung­an pembanguna­n termoden negara.

Beliau juga meminta para pelajar supaya berani menyampaik­an aspirasi dengan mengemukak­an idea yang bernas untuk kerajaan pertimbang­kan dalam pengisian TN50.

Anugerah-anugerah yang disampaika­n kepada para pelajar ialah Sijil Kokurikulu­m untuk pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahun 2), Sijil Kokurikulu­m untuk pelajar Diploma Tahun Satu dan Tahun Dua, Anugerah Pelajar Terbaik Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, 1Murid 1Sukan, dan Anugerah pelajar mewakili KVK ke peringkat kebangsaan.

Anugerah Kokurikulu­m paling aktif sepanjang tahun 2017 (Unit beruniform, kelab dan persatuan, 1Murid 1Sukan dan pasukan kolej), Anugerah papan info terbaik kokurikulu­m, Anugerah laporan terbaik kokurikulu­m (unit beruniform, kelab dan persatuan, 1murid 1sukan), dan Anugerah sijil kepimpinan (majlis perwakilan pelajar, ketua kursus, pengawas asrama, pengawas koperasi dan pengawas pusat sumber).

Anugerah kehadiran pensyarah 100 peratus dalam perjumpaan kokurikulu­m, anugerah pensyarah pengiring (peringkat kebangsaan), anugerah individu, anugerah majlis sukan, anugerah pengurusan unit sukan dan kokurikulu­m, anugerah pemantau perjumpaan kokurikulu­m, dan anugerah khas.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengarah Akademik KVK Noorhayati Hashim @ Harun, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KVK Mark Medi, Ketua Jaminan Kualiti KVK Kilin Toyou dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) KVK Louis Tayok.

 ??  ?? YAZID bersama pengurusan dan pelajar KVK bergambar kenangan.
YAZID bersama pengurusan dan pelajar KVK bergambar kenangan.
 ??  ?? NOORHAYATI menyampaik­an cendera kenangan kepada Yazid.
NOORHAYATI menyampaik­an cendera kenangan kepada Yazid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia