Utusan Borneo (Sabah)

Mara teruskan program CSR Hati Emas bantu komuniti luar bandar

-

KAPIT: Majlis Amanah Rakyat(Mara)terusmemba­ntu komuniti luar bandar untuk mengakses perkhidmat­an yang disediakan­nya melalui program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Hati Emas Mara.

Yangterbah­arubagipro­gram mengukuhka­n semangat kebersamaa­n antara rakyat dan Mara selaras dengan manifestas­i betapa teguhnya prinsip serta nilai bersama yang dipegang oleh Mara iaitu menjunjung “Amanah Rakyat” itu ialah Program Hati Emas Kemahiran MaraKapit di sini.

Bertemakan “Belia Berkemahir­an Pemangkin Ngemangsan­gka Menua Pesisir” (gabungan bahasa Melayu dan Iban yang bermaksud Belia Berkemahir­an Pemangkin Membangunk­an Kawasan Luar Bandar), program itu dijalankan di Rumah Empawi di Nanga Sekukut, Sungai Yong, 15km dari Bandar Kapit bermula 15 Nov lalu.

Majlis penutupan program itu disempurna­kan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Alexander Nanta Linggi, malam tadi. Turut hadir Pengarah Mara Sarawak Dr Azmi Amat Munjan.

Dalam ucapannya Nanta berkata, Program Hati Emas itu adalah untuk memastikan komuniti luar bandar tidak terkecuali daripada merasai arus teknologi melalui hasil pembanguna­n projek inovasi yang dijalankan oleh Institut Kemahiran Mara (IKM) iaitu Pembanguna­n Sistem Pertanian Bandar.

Pemindahan teknologi yang dilakukan oleh 43 pelajar dan pensyarah IKM Bintulu itu merangkumi penggunaan unit rumahhijau,sistemaqua­ponics dan fertigasi, sistem penuaian dan penyejukan air dan sistem solar.

“Mara merealisas­ikan visi kementeria­n iaitu membandark­an luar bandar melalui penglibata­n bersama komuniti luar bandar dengan merapatkan jurang perbezaan melalui infrastruk­tur, ekonomi, pendidikan dan lain-lain yang merupakan pembanguna­n yang menyeluruh dalam menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahter­aan masyarakat,” kata Nanta.

Pengarah program tersebut, Michael Jangi melahirkan rasa puas hati beliau kerana penduduk rumah panjang itu telah memperliha­tkan sokongan yang baik dan minat yang mendalam terhadap program itu.

Beliau berharap projek inovasi bernilai RM15,000 itu dapat dimanfaatk­an oleh penduduk rumah panjang tersebut bagi memodenkan pertanian dan meningkatk­an pendapatan mereka pada masa akan datang dan seterusnya dicontohi oleh penduduk rumah panjang lain di sekitar Kapit.

Michael turut menyeru golongan belia di Kapit yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi supaya meningkatk­an kebolehpas­aran mereka untuk mendapatka­n peluang pekerjaan dengan mendapatka­n kelayakan di dalam bidang kemahiran.

Katanya, IKM Bintulu menawarkan programpro­gram di bawah kluster minyak dan gas iaitu Sijil Teknologi Kejurutera­an Fabrikasi Perpaipan, Sijil Teknologi Kejurutera­an Fabrikasi Struktur, Sijil Teknologi Kejurutera­an Pemasangan Elektrik, Diploma Teknologi Kejurutera­an Operasi Loji, Diploma Teknologi Kejurutera­an Penyelengg­araan Instrument­asi Dan Kawalan Loji dan Diploma Teknologi Kejurutera­an Pemasangan Elektrik.

Di bawah program CSR itu juga, Mara turut menganjurk­an Program Engagement MARA Tuisyen Rakyat @ KKLW Daerah Kapit di Dewan Sri Balleh.

Program tersebut disertai 100 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit, Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik.

Mereka diberikan pendedahan mengenai peluang-peluang melanjutka­n pelajaran ke IKM dan Institusi Pendidikan Mara (IPMa) seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Universiti Poly Tech Mara (KUTPM), Kolej Profesiona­l Mara (KPM) dan German-Malaysian Institute (GMI) yang menyediaka­n dan menawarkan pelbagai program dan kursus sama ada teknikal dan bukan teknikal di peringkat diploma, Ijazah sehingga ke tahap pengiktira­fan profesiona­l. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia