Utusan Borneo (Sabah)

Naikkan subsidi bahan bakar

Dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Negara hari ini

-

BAGAN DATUK: Kementeria­n Kewangan sedang mengkaji kemungkina­n menaikkan subsidi bahan bakar bagi memastikan harga bahan itu tidak terus meningkat di pasaran.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Negara hari ini untuk perbincang­an lanjut.

“Kami sedang mengkajiny­a (naikkan subsidi),” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini pada Ahad.

Program sehari anjuran Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mohd Irwan Siregar berkata demikian ketika ditanya usaha kerajaan untuk memastikan harga bahan bakar di pasaran tidak terus meningkat.

Ketika ini, harga bagi seliter Petrol RON 95 ialah RM2.38 manakala RON 97 dan diesel masing-masing RM2.66 dan RM2.25.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Irwan Serigar menggesa rakyat supaya tidak mempercaya­i tohmahan pihak tertentu yang mengatakan negara akan muflis.

Beliau berkata sekiranya negara akan bankrap kerajaan tidak akan mampu membentang­kan Bajet 2018 dengan peruntukan RM280.25 bilion.

“Saya sebagai pegawai kanan kerajaan dan duduk dalam Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) saya tahu apa yang berlaku dan apa yang dibuat kerajaan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata tohmahan tersebut juga tidak berasas kerana Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku ketiga tahun ini mencatat pertumbuha­n 6.2 peratus sebagaiman­a diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Jumaat lalu.

“Ini sekali gus membuktika­n Malaysia berkembang pantas di rantau ini,” katanya. Bernama

“Saya sebagai pegawai kanan kerajaan dan duduk dalam Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) saya tahu apa yang berlaku dan apa ” yang dibuat kerajaan untuk rakyat. TAN SRI MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH Ketua Setiausaha Perbendaha­raan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia