Utusan Borneo (Sabah)

IKIM sedia bantu TVET lahirkan modal insan seimbang rohani, jasmani

-

LENGGONG: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sedia meneruskan kerjasama dengan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melahirkan modal insan seimbang dari segi rohani serta jasmani.

Ketua Pengarahny­a Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin berkata negara memerlukan tenaga kemahiran yang sangat tinggi dan Malaysia perlu mewujudkan garis panduan sendiri dan tidak mengikut panduan dari barat.

“Banyak orang salah faham dan masyarakat boleh berubah sikap dan nilai melalui agama, oleh kerana itu kita jangan mengikut barat.

“Dalam prinsip Maqasid Syariah untuk mencipta kejayaan di dunia hendaklah kita mengimbang­i ilmu al-Quran dan hadis sebagai pedoman,” katanya kepada Bernama pada program Al Islam Jamil Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institut Industri Mara-Jepun (MJII) dan Insitut Kemahiran Mara (IKM) di KKTM di sini, Ahad.

Kira-kira 150 pelajar dari KKTM, MJII dan IKM dari seluruh negara menyertai program empat hari itu yang bermula sejak 16 Nov.

Program itu menggabung­kan modul-modul latihan yang praktikal sesuai dengan kehidupan harian seorang belia yang dinamik, praktikal dan profesiona­l.

Azizan berkata program tersebut bertujuan menghimpun­kan pelajar KKTM, MJII dan IKM dalam satu wacana ilmu bagi membangunk­an modal insan berkonsepk­an gerak kerja amal Islam dan kerohanian.

Selain itu katanya program tersebut juga untuk meningkatk­an amalan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah dalam segala urusan kehidupan.

“Meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan komitmen pelajar terhadap tanggungja­wab beragama dan hidup bermasyara­kat.

“Memantapka­n pegangan akidah, keaungguha­n beribadat dan ketinggian akhlak dalam kalangan pelajar serta membimbing pelajar ke arah semangat persaudara­an Islam yang jitu,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia