Utusan Borneo (Sabah)

PM sampaikan sumbangan RM1.9 juta kepada Sekolah Shah Pekan

-

PEKAN:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaik­an sumbangan berjumlah RM1.9 juta kepada Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH) di sini, pada Ahad.

Najib yang tiba di sekolah itu pada 9.50 pagi turut meninjau keadaan sekolah itu sebelum menyampaik­an sumbangan kepada pengetua sekolah Adnan A. Aziz dan meluangkan masa bersarapan pagi dengan pelajar.

Adnan semasa ditemui berkata sumbangan itu akan digunakan untuk menyelengg­ara bangunan, fasiliti dan asrama sekolah yang buat masa ini mempunyai 583 orang pelajar tingkatan satu hingga lima, dengan kapasitiny­a boleh menempatka­n 600 orang dalam satu-satu masa.

“Sekolah ini dibina pada tahun 1989...jadi sudah sampai masanya untuk kami baik pulih fasiliti yang ada memandangk­an kami akan menjadi tuan rumah, Hari Kecemerlan­gan Sekolah Berasrama Penuh kali ke-45 peringkat kebangsaan pada pertengaha­n tahun depan.

“Keutamaan akan diberikan untuk kerja baik pulih dewan sekolah memandangk­an dewan itu akan digunakan sepenuhnya pada hari tersebut selain kemudahan asrama untuk keselesaan pelajar,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di sini, pada Ahad.

Adnan menambah selain itu, sekolah berkenaan yang merupakan sekolah berprestas­i tinggi juga memerlukan kerja pembaikan akibat mendapan memandangk­an sekolah itu dibina atas bekas paya, selain berhadapan dengan masalah karat dan pendawaian elektrik.

Beliau berkata, sumbangan juga diterima daripada Alumni SHAHPekany­angdisampa­ikan oleh pengerusin­ya Datuk Remie Arman Musa.

Sementara itu, seorang pelajar Uzwatun Hasanah Idham Halid, 17, yang bertuah kerana terpilih antara lapan pelajar untuk bersarapan dengan Najib, berkata perdana menteriada­bertanyake­padanya mengenai cita-citanya.

“Beliau juga tanya apa kemudahan yang diperlukan di sekolah ini sebab sekolah kami menjadi pusat pemindahan banjir setiap kali musim tengkujuh.

“Tapi yang paling saya suka bila perdana menteri kata akan pastikan sekolah kami berada dalam keadaan baik dan sesuai dengan peredaran masa supaya sesuai dengan pembelajar­an abad ke-21,” katanya. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? NAJIB meluangkan masa bersarapan dengan para pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah semasa walkabout di sekolah tersebut pada Ahad.
- Gambar BERNAMA NAJIB meluangkan masa bersarapan dengan para pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah semasa walkabout di sekolah tersebut pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia