Utusan Borneo (Sabah)

NBOS program terbaik di dunia

Menekankan kos penganjura­n rendah dan pelaksanaa­n segera

-

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad berkata program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) adalah yang terbaik seumpamany­a di dunia.

Beliau berkata menerusi NBOS, pelbagai program dan inisiatif boleh diadakan dengan menekankan kepada tiga elemen iaitu impak yang tinggi, kos penganjura­n rendah serta pelaksanaa­n segera.

“Tidak ada satu program sebaik NBOS di mana-mana di dunia ini. Kita sangat berterima kasih dan teruja dengan pelbagai inisiatif baharu yang dilaksanak­an menerusi NBOS,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datukberka­tademikian­ketika merasmikan Fiesta NBOS Sayang Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini.

Program yang memasuki fasa kedua itu dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata NBOS boleh memainkan peranan untuk membangunk­an kawasan atau daerah baharu seperti Bagan Datuk yang diisytihar sebagai daerah ke-12 di Perak pada Januari lalu.

“Tiga elemen yang diterapkan dalam NBOS penting kerana kita ingin menjadi negara maju harus melaksanak­an dengan kemas semua dasar program yang dirancang termasuk dengan segera dan kos rendah,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid mengajak orang ramai supaya jangan hanya meletakkan diri di dalam kotak, sebaliknya perlu melihat di luar kotak atau tanpa kotak dengan objektif positif.

“Ada sesetengah yang memandang setiap transforma­si dengan sinis, mereka ada persepsi negatif dan meremehkan setiap pembaharua­n yang ada.

Rakyat harus lihat, setiap perubahan (yang dilakukan) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk kepentinga­n rakyat. Saya yakin, rakyat yang majoriti senyap akan terus bersama kerajaan dan membuktika­n mereka menghargai segala transforma­si oleh perdana menteri,” katanya.

Ahmad Zahid juga memberi jaminan akan terus membawa kemajuan kepada Bagan Datuk dan menjadikan ia satu daripada daerah maju di Perak atau Malaysia. - Bernama

“Tidak ada satu program sebaik NBOS di mana-mana di dunia ini. Kita sangat berterima kasih dan teruja dengan pelbagai inisiatif baharu yang dilaksanak­an ” menerusi NBOS. DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ?? - Gambar BERNAMA ?? AHMAD Zahid (empat kiri) merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (MBOS) Sayang Malaysia di Padang SMK Hutan Melintang pada Ahad. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (dua, kiri) dan beberapa menteri Kabinet Pusat.
- Gambar BERNAMA AHMAD Zahid (empat kiri) merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (MBOS) Sayang Malaysia di Padang SMK Hutan Melintang pada Ahad. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (dua, kiri) dan beberapa menteri Kabinet Pusat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia